berita

Bayi 9 Bulan Dibunuh & Diliwat Suami Pengasuh

May 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang bayi lelaki yang baru berusia sembilan bulan telah disahkan meninggal dunia selepas diliwat dan dibunuh oleh suami kepada pengasuh yang menjaganya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah rumah di Kelana Jaya, Selangor pada 27 April lalu.

Dibunuh dan diliwat

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo, ketika kejadian, mangsa berada di dalam bilik tidur bersama lelaki tersebut hampir dua jam sementara pengasuh (isteri suspek) sedang menyapu di luar rumah. Ketika tinggal berduaan, suspek telah mengambil kesempatan dengan meliwat bayi itu dan membunuhnya dengan cara menekup mulut mangsa dengan tangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, panik sesuatu telah berlaku, suspek kemudian membawa bayi malang itu ke hospital. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

Hasil bedah siasat terhadap bayi tersebut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut disyaki ditekup menggunakan tangan dan beberapa kesan koyakan di bahagian dubur disyaki akibat kemasukan benda tumpul.

Suspek positif dadah

Sekadar gambar hiasan

Berikutan daripada insiden itu, pihak polis telah menahan suami isteri yang berusia 36 tahun itu dan hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis syabu. Semakan rekod lampau mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod berkaitan dadah.

Jabatan Forensik ketika melakukan siasatan telah merampas pelbagai barangan yang disyaki telah digunakan dalam kejadian itu, antaranya dua lampin pakai buang, seluar, karpet dan peralatan seks yang dibungkus dalam baju.

Kedua-dua suspek direman selama 13 hari bermula 30 April lalu sehingga esok. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×