berita

Bayi Baru Lahir Ditemui Tanpa ‘Kepala’ Diseret Anjing, Polis Syak Hasil Anak Sumbang Mahram

April 5th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Malang nasib menimpa seorang bayi lelaki yang ditemui tanpa kepala di Sulawesi Selatan, Indonesia pada Ahad yang lalu selepas dipercayai digigit oleh seekor anjing.

Artikel Berkaitan: Bayi Setahun Cedera Parah Jadi ‘Makanan’ Lima Anjing Jenis Pitbul

Nasib malang bayi lelaki

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan media tempatan, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan tidak ‘berkepala’ oleh seorang penduduk kampung, Yosafa. Ujar saksi, mayat mangsa telah diheret oleh seekor anjing dan sehingga kini kepalanya masih belum dijumpai.

Ketika kejadian itu berlaku, Yosafa sedang berada di rumah sewanya sebelum melihat seekor anjing datang membawa mayat bayi lelaki.

Awalnya saya sangka anjing itu bawa anak patung. Bila saya tengok lebih dekat rupa-rupanya mayat.

Susulan daripada itu, pemuda ini tampil membuat laporan kepada pihak polis atas apa yang telah terjadi.

Dipercayai hasil sumbang mahram

Foto: Tribun News

Ketika dijumpai mayat bayi lelaki itu masih bertali pusat namun kepalanya dipercayai digigit oleh anjing. Pihak polis percaya bayi tersebut adalah hasil sumbang mahram daripada pasangan tidak bertanggungjawab sebelum mereka bertindak membuang bayi tersebut ke sebuah tempat yang jauh dari kawasan perumahan.

Kami sedang menyiasat termasuk siapa pelakunya.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×