berita

Bayi Berusia 8 Hari Maut Selepas Dilarikan Monyet, Dicampak Ke Dalam Parit

February 15th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang bayi telah disahkan meninggal dunia selepas dipercayai ‘dilarikan’ oleh beberapa ekor monyet. Lebih meruntun hati apabila mengetahui bayi berkenaan dicampak ke dalam parit berdekatan dengan rumah mangsa.

Larikan bayi tengah tidur

Foto: Times Of India

Memetik laporan Times Of India, beberapa ekor monyet dikatakan telah melarikan dua orang bayi kembar yang baru sahaja berusia lapan hari. Ketika kejadian, dua-dua bayi perempuan berkenaan berada di dalam bilik tidur sementara ibu, Buvaneswari berada di dalam tandas di luar rumah mereka yang terletak di Mela Alangam, India.

Difahamkan, haiwan berkenaan dikatakan telah mencungkil atap dan memasuki rumah sebelum bertindak melarikan bayi kembar terbabit. Si ibu kemudian bergegas keluar dari tandas selepas terdengar suara monyet dan alangkah terkejutnya apabila melihat kedua-dua anaknya sudah tiada di dalam rumah.

Seorang bayi meninggal dunia

Sekadar gambar hiasan

Malah dia turut mendengar suara bayi menangis dari luar rumah sebelum mendapati beberapa ekor monyet berada di atas atap rumah sambil memegang salah seorang bayinya.

Si ibu yang panik terus meminta pertolongan jiran tetangga dan mereka akhirnya berjaya menyelamatkan bayi terbabit. Tetapi dalam masa yang sama jiran dan pihak polis berusaha mencari bayi kedua yang hilang sebelum menemuinya terapung di dalam parit. Mangsa disahkan meninggal dunia sementara kembarnya pula sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Sumber: Times Of India

SKIP THIS AD ×