Sekadar gambar hiasan
Malang tidak berbau! Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan detik cemas yang dilalui keluarga ini apabila seorang bayi berusia sebulan ‘diculik’ oleh sekumpulan monyet ketika sedang menyusu di rumah.
Bayi maut diserang monyet
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan BBC, kejadian cemas itu berlaku pada Sabtu lalu di kampung Mwamgongo di Kigoma, Tanzania iaitu berdekatan dengan Taman Negara Gombe. Sebelum kejadian, ibu bayi berkenaan dikatakan berada di luar rumah sambil menyusukan anaknya namun secara tiba-tiba sekumpulan monyet telah memecah masuk rumah mereka dan merampas bayi tersebut daripada pangkuan si ibu sebelum melarikannya.
Panik dengan apa yang berlaku, si ibu menjerit meminta pertolongan dan jiran tetangga yang mendengar jeritan itu bergegas ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang terjadi.
Apabila penduduk kampung tiba, semuanya sudah terlambat kerana bayi itu sudah pun berada di tangan monyet tersebut. Apabila mereka cuba mengambilnya kembali secara paksa, bayi tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan leher.
Mereka kemudian cuba membantu untuk mendapatkan kembali bayi berusia sebulan itu tetapi malangnya bayi tersebut disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di hospital berhampiran.
Sumber: BBC, The Citizen