berita

Balut Bayi Dengan Selimut, Sumbat Dalam Beg Sebelum Buang Dalam Rumah Sampah

February 8th, 2019 | by Ai
Kini Trending

bayi dibuang

Seorang pekerja Alam Flora terkejut apabila terjumpa mayat seorang bayi ketika ingin memasukkan sampah ke dalam lori sampah dari rumah sampah di sebuah kuarters penjawat awam Persint 18, Putrajaya.

Hasil penemuan tersebut, sepasukan anggota polis dikerah untuk menjalankan siasatan. Lebih menyayatkan hati apabila bayi tersebut ditemui dalam keadaan ‘tersumbat’ di dalam sebuah beg sekolah.

Remaja 17 tahun ditahan

Berikutan penemuan tersebut, seorang remaja perempuan dan teman lelakinya yang masing-masing berusia 17 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan. Bapa remaja perempuan berusia 43 tahun berkenaan juga turut ditahan dikatakan bersekongkol melakukan jenayah ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, bayi malang berkenaan telah dilahirkan pada Rabu lalu kira-kira jam 11.30 pagi.

Balut dan sumbat dalam beg sekolah

bayi dibuang

Menurut siasatan, suspek remaja berkenaan telah menutup mulut bayi, membalutnya dengan selimut sebelum disumbatkan ke dalam beg sekolah. Kejam sungguh!

Suspek remaja kemudian menutup mulut bayi itu dengan tuala serta membalut badannya dengan selimut sebelum dimasukkan ke dalam beg sekolah yang kemudian dibungkus dalam plastik sampah dan diikat.

Bapa yang buang ‘bungkusan’ bayi

bayi dibuang

Bapa remaja berkenaan dikatakan bersekongkol dengan anaknya untuk melakukan jenayah ini apabila dia sendiri membawa bungkusan plastik sampah berisi bayi itu ke rumah sampah dan meletakkannya bersama sampah yang lain.

Mayat bayi berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Putrajaya bagi tujuan bedah siasat. Kes disiasat mengkut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang bayi.

Nasihat kepada ibu bapa

Pihak polis juga menasihati kepada ibu bapa dan masyarakat supaya sentiasa memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak remaja mereka supaya tidak terbabit dengan gejala negatif dan anasir tidak baik.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×