berita

Bayi ‘Diculik’ Anjing, Terkait Pemujaan Ahli Sihir, Kematian Akhirnya Terungkai Setelah 3 Dekad

September 20th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Percutian keluarga semestinya saat ditunggu-tunggu apatah lagi setelah menjalani setahun yang sibuk dengan jadual kerja padat. Mood bercuti ini membuatkan ada yang memilih lokasi tarikan pelancong seluruh dunia untuk meluangkan masa bersama.

Lain pula bagi sebuah keluarga ini, percutian keluarga mereka dicemari dengan insiden malang apabila bayi 2 bulan tiba-tiba hilang setelah ditinggalkan seketika.

Bercuti di tempat suci

Pasangan suami isteri Lindy dan Michael Chamberlain mengambil keputusan untuk bercuti di Ayers Rock, utara Australia. Lokasi percutian itu juga menjadi lokasi keramat bagi orang asli Australia.

Lindy dan Michael kemudiannya melaporkan bayi mereka, Azaria berusia 2 bulan dikatakan ‘diculik’ anjing dingo dari khemah mereka. Bagaimanapun, Lindy dituduh atas tuduhan membunuh dan meringkuk dalam penjara selama lebih 3 tahun. Mereka telah meninggalkan Azaria keseorangan untuk seketika, namun setelah mereka kembali, Azaria telah hilang.

3 orang telah terdengar tangisan Azaria pada malam 17 Ogos 1980 dimana dia dilaporkan hilang dari khemah. Lindy telah melihat seekor anjing dingo keluar dari khemah mereka dan jejak haiwan itu telah dilihat di sekitar dan dalam khemah.

Kesan kelar di jumpsuit

Mereka telah menemui mayat Azaria di dalam mulut seekor dingo yang lapar. Mereka bergelut sekali untuk menyelamatkan semula mayat Azaria dari haiwan itu sebelum menyedari sesuatu yang pelik.

Majistret Denis Barritt mengatakan mungkin berlaku serangan anjing dingo dan susulan serangan itu jasad Azaria telah diambil dari anjing berkenaan dan dihapuskan dengan kaedah tidak diketahui, oleh orang lain tidak dikenali.

Pihak polis dan pendakwaan tidak berpuas hati dengan penemuan tersebut. Hasil siasatan menemukan, berdasarkan foto ultraviolet baju Azaria, didapati terdapat kesan kelar di bahagian leher baju jumpsuit berkenaan. Turut dijumpai adalah kesan tangan kanak-kanak yang boleh dilihat pada baju tersebut.

Didakwa ahli sihir

Pelbagai teori liar dan gosip mula tersebar mengenai tragedi menyayat hati ini. Antaranya, Lindy dikatakan tidak kelihatan seperti seorang ibu yang sedang bersedih kehilangan anak.

Malahan, agama pasangan tersebut iaitu ‘Seventh-day Adventist’ turut dikaitkan dengan kehilangan dan kematian Azaria. Gereja agama tersebut dituduh menjadikan ritual mengorbankan bayi sebagai salah satu amalan.

Tambah menghangatkan isu adalah dakwaan Lindy sebagai seorang ahli sihir. Menurut sumber polis yang tidak diketahui, nama Azaria bermaksud ‘korban kepada gurun’.

Kebenaran akhirnya..

Lindy telah kemudiannya didakwa atas tuduhan membunuh dan pada 29 Oktober 1982, dia telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup manakala Michael juga turut didapati bersalah.

Pada 1986, pelancong dari England, David Brett telah jatuh dan meninggal dunia semasa melawat Ayers Rocks. Pihak polis menemui mayatnya terbaring di sarang dingo. Semasa mengambil mayatnya, pihak polis terjumpa sesuatu yang pelik; jaket bayi yang terkoyak.

Jaket tersebut adalah bukti yang hilang selama ini. Kes ini dibawa ke hakim baru yang menggunakan tempoh dua tahun untuk membincangkan kesahihan bukti awal dan tertuduh.

Pada 15 September 1988, Lindy dan Michael telah dibebaskan dari tuduhan yang dibuat. Mahkamah Jenayah Wilayah Utara telah membuktikan yang mereka tidak bertanggungjawab atas kematian anak mereka.

Setelah 32 tahun, pada 2012, mahkamah mengesahkan punca kematian Azaria adalah disebabkan serangan anjing dingo. Pasangan itu dibayar pampasan AUD 1.3 juta kerana salah dipenjarakan.

Sumber: NMA, Wikipedia

The following two tabs change content below.