berita

Bayi Dililit Tali Pusat Di Leher, Yatt Hamzah Kongsi Detik Cemas Ketika Melahirkan Puteri Ketiga

April 10th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Sudah lama tak nampak Yatt Hamzah muncul di kaca drama televisyen, kan? Kini, pengacara dan pelakon Dunia Baru ini kerap menerima undangan sebagai ahli panel di forum-forum agama. Dia juga aktif di media sosial dan gemar berkongsi pengalaman hidup buat teladan pengikutnya.

Terbaru, Yatt memuat naik video detik cemas melahirkan cahaya mata yang ketiga. Video tersebut menyaksikan tali pusat melilit dua kali pada leher bayi tersebut. Namun, kelahiran puteri ketiganya selamat dilahirkan dengan bantuan doktor.

Tali pusat lilit leher anak

https://www.instagram.com/p/BhT_1DqlcKg/?taken-by=yatthamzah_suci

Pada 1 April lalu, pelakon Yatt Hamzah selamat melahirkan anak yang ketiga. Dia juga berkongsi video detik cemas semasa melahirkan anaknya itu. Video ini menyaksikan leher bayi ini dililit tali pusat sebanyak 2 lilitan. Bagaimanapun, bayi berkenaan selamat dilahirkan pada jam 12.10 tengah hari.

Sungguh besar pengorbanan ibu semasa melahirkan kita. Mereka mempertaruhkan nyawa dan mengharungi sakit semasa proses kelahiran anak yang dinanti.

Cepat masa berlalu

Terus dakap dan cium

Yatt dan suami bersyukur atas kelahiran cahaya mata ketiga ini. Ternyata dia terus mendakap dan cium puterinya ini sepuasnya selepas selamat melahirkan anak. Puteri ketiga Yatt diberi nama Suci Hayfaa Medina.

Credit: Yatt Hamzah

SKIP THIS AD ×