Seorang bayi malang berumur 8 bulan ditampar di bahagian pipi sehingga meninggalkan kesan oleh pengasuhnya dipercayai kerana sering muntah ketika berada di bawah jagaannya.
Tak makan ubat darah tinggi, pengasuh jadi baran
Gambar sekadar hiasan
Seorang pengguna Facebook, Nurul Fatin Nabilah telah berkongsikan sebuah hantaran tentang bayi rakan karibnya yang ditampar oleh seorang pengasuh sehingga meninggalkan kesan di pipi. Katanya, pengasuh tersebut geram akan bayi itu yang sering muntah.
Fatin turut mendakwa bayi berusia hampir 8 bulan itu bukan satu-satunya mangsa kepada pengasuh itu, malah 5 kanak-kanak asuhan lain juga menjadi mangsa pengasuh tersebut yang menetap di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Lebih 5 orang mak budak yang lari dari hantar mengasuh kat dia. Sebab tiap kali anak balik rumah mesti ada kesan cubit.
Tambah Fatin lagi, laporan polis telahpun dibuat dan pengasuh tersebut memberikan alasan yang dia masih belum makan ubat tekanan darah tinggi, menyebabkan dia menjadi baran dan menampar bayi tersebut.
Selepas laporan dibuat, Fatin memuatnaik satu lagi hantaran mendakwa pengasuh tersebut menyuruh ibu kepada bayi yang ditampar itu untuk menarik semula laporannya, atas alasan anak ditampar itu perkara biasa yang tidak perlu dibesar-besarkan.
Ibu diancam bawa kes ke mahkamah
Ujar Fatin lagi, pengasuh tersebut telah mengancam untuk mendakwa mereka di mahkamah kerana telah mencemarkan namanya dan kini ibu kepada bayi tersebut sedang mencari seorang peguam untuk mewakilinya.
Sumber: Nurul Fatin Nabilah