Umum mengetahui hos sensasi Alif Satar baru sahaja menyambut kelahiran anak ketiga pada 19 September lalu. Apa yang menariknya, anak lelaki bongsunya itu lahir sama dengan tarikh kelahiran Alif sendiri. Diberi nama Muhammad ‘Ali, ternyata kehadiran bayi itu menyempurnakan lagi keluarga pelakon tersebut.
Namun, mungkin ramai lagi yang masih belum tahu betapa istimewanya kehadiran putera sulongnya itu buat Alif dan isterinya Sha Dila.
Tiga generasi
Memetik laporan Astro Gempak, Muhammad ‘Ali merupakan anak lelaki yang paling ditunggu-tunggu selepas tiga generasi.
Katanya sepanjang tiga generasi, ahli keluarga sebelah ibunya terdiri oleh saudara-mara perempuan melainkan dirinya sendiri.
Dalam generasi ketiga dia menjadi anak lelaki pertama. Adik beradik ibu saya semuanya perempuan dan sepupu saya juga semua perempuan.
Manakala, adik-beradik saya juga semua perempuan, sama juga anak saudara saya. Saya satu-satunya anak lelaki.
Tak fikir apa-apa
Bercerita tentang detik kelahiran anaknya itu, pelakon tersebut mengakui dia hampir terlupa kelahiran ‘Ali sebenarnya sama dengan tarikh kelahirannya.
Katanya pada ketika itu, dia tidak memikirkan tentang perkara lain selain daripada melihat isterinya bersalin dan menunggu detik kelahiran anaknya.
Alhamdulillah anak lelaki saya memberikan satu kegembiraan yang berbeza dalam keluarga kami kerana dia lahir sama dengan tarikh hari jadi saya.
Pada hari itu saya sudah tak fikir apa selain melihat isteri saya bertarung nyawa dan menantikan anak saya dilahirkan.
Tepat pukul 11.21 malam, ‘Ali dilahirkan secara normal namun dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi selama lima hari kerana demam kuning.
Sumber: Astro Gempak