Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun lapan bulan dilaporkan meninggal dunia selepas dilemparkan oleh bapanya sendiri.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Didera Bapa & Ibu Tiri, Ada Kesan Terbakar Akibat Puntung Rokok

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 11 Tahun Ditahan, Disyaki Bunuh Adik Kandung

Bayi maut

Wartawan menunggu di depan unit PPA Satreskrim Polres Bitung, untuk melakukan pengesahan berita.

Insiden ngeri itu berlaku ketika ibu dan bapa mangsa sedang bertengkar, dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.

Kejadian itu berlaku dalam satu kejadian di kediaman sewa mereka di Kelurahan Manembo Nembo Atas, Kecamatan Matuari, Kota Bitung, Sulawesi Utara, pada Ahad lalu.

Ibu mangsa, Adelia Alow, 20, mendakwa suaminya, Fadli Ali, 30, bertindak di luar kawalan sehingga bertindak melemparkan anak mereka ke arah katil.

Akibat tindakan itu, bayi berkenaan dilaporkan mengalami kesukaran bernafas sebelum berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Adelia cuba menyelamatkan anaknya dengan memberikan bantuan kecemasan, namun usaha tersebut tidak berjaya.

Difahamkan, kanak-kanak itu turut mempunyai masalah jantung yang telah didiagnosis sebelum ini.

Pihak polis telah menahan suspek untuk siasatan lanjut, termasuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa. Kes berkenaan kini masih disiasat oleh pihak berkuasa.

Sumber: Batam Tribunnews