Sekadar gambar hiasan
Seorang bayi perempuan berusia dua bulan disahkan meninggal dunia dipercayai ‘lemas’ akibat dihempap abangnya ketika tidur dalam satu kejadian di sebuah rumah di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah.
‘Saya dan isteri hanya mampu beristighfar’
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, ketika kejadian mangsa, Maryam Sofea tidur bersama ibunya di dalam bilik manakala tiga adik-beradik lelakinya berusia 9, 6 dan lima tahun tidur di bilik berasingan.
Menurut Meor Syazalee iaitu bapa mangsa, isterinya hanya menyedari mangsa tidak sedarkan diri pada awal pagi semalam selepas mendapati Maryam tidak bergerak sebelum menyedari anak lelaki berusia lima tahun tidur di sebelah bayi. Susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan sudah meninggal dunia.
Ujar Meor lagi, dia dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Namun mereka enggan bercerita dengan lebih lanjut berhubung kes memandangkan masih bersedih dengan kehilangan anak tercinta.
Ujian saya ini sikit saja, berbanding dengan orang lain yang turut diuji kehilangan ahli keluarga tercinta. Ini semua ketentuan Allah, saya dan isteri hanya mampu beristighfar saja.
Memang sedih…nak kata tunggu anak perempuan tidaklah, tapi selepas dapat tiga anak lelaki dan dapat pula anak bongsu perempuan, syukur.
Kenyataan lanjut akan dikeluarkan oleh pihak polis selepas menerima laporan bedah siasat. Jenazah dijangka dikebumikan di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah.
Sumber: Harian Metro