berita

Bayi Meninggal Dunia Hidup Semula Selepas Dikebumikan, Dua Kakitangan Hospital Digantung Kerja

May 26th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Pelik tapi benar! Seorang bayi perempuan di New Delhi, India yang dilaporkan meninggal dunia oleh kakitangan hospital mengejutkan ahli keluarganya berikutan ‘mayat’ itu menangis ketika majlis pengebumiannya berlangsung.

Artikel Berkaitan: Mayat ‘Hidup’ Semula Selepas 7 Jam Disahkan Meninggal Dunia Oleh Doktor

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Panggilan Pukul 2 Pagi Kena Sahkan Satu Kematian, Pemandu Ambulans Terakam Entiti Misteri Bila Sampai

Artikel Berkaitan: Misteri Rumah Agam Mewah Ditinggalkan Pemilik Cetus Misteri, Penuh Barangan Mewah & Tidak ‘Disentuh’

Digantung kerja

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Daily Nation Today, dua kakitangan hospital di Banihal telah pun digantung kerja berikutan bayi tersebut masih hidup walaupun pada mulanya disahkan meninggal dunia dalam kandungan beberapa jam sebelum dilahirkan.

Difahamkan, bayi perempuan itu dilahirkan oleh seorang wanita dikenali sebagai Shamemma Begum pada Isnin lalu, sebelum anaknya disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan.

Bercerita lebih lanjut, selepas dua jam mayat bayi itu akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan di kampung Hollan. Namun, penduduk tempatan ketika itu melakukan protes dan meminta supaya bayi itu dikebumikan di sebuah tanah perkuburan nenek moyang.

Bayi masih hidup

Sekadar gambar hiasan

Bagaimanapun selepas sejam ahli keluarga bertindak menggali semula kubur bayi berkenaan dan alangkah terkejutnya mereka mendapati dia masih hidup dan menangis ketika itu.

Kami telah meletakkan dua kakitangan di bawah arahan penggantungan berkuat kuasa serta-merta sementara menunggu siasatan,

Ujar Ketua Kampung Setempat, Manzoor Alyas Wani bayi tersebut diisytiharkan meninggal dunia tanpa mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya sebelum dikejarkan ke hospital berikutan masih bernyawa.

Sumber: Daily Nation Today

SKIP THIS AD ×