berita

Bayi Nyaris Lemas Muka Tertutup Selimut Masa Tidur Sampai Tercungap-Cungap, Ibu Di Sebelah Langsung Tak Sedar

April 20th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Malang tidak berbau. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan detik cemas yang dilalui seorang bayi ini apabila dia dipercayai nyaris lemas akibat terperangkap dalam selimutnya.

Bayi terperangkap dalam selimut

Kisah tersebut dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu Wagyukubb. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang bayi dipercayai terjaga dari tidur pada waktu malam sementara si ibu yang berada di sebelahnya sedang tidur di atas katil yang dikelilingi dengan bantal dan selimut.

Namun malang tidak berbau, bayi malang itu kelihatan seperti dalam keadaan lemas akibat terperangkap dalam selimutnya. Lebih mengejutkan apabila ibunya yang sedang nyenyak tidur langsung tidak sedar dengan apa berlaku. Menerusi rakaman berdurasi 1 minit, kedengaran suara bayi itu seperti sukar bernafas disebabkan selimut terbabit sudah menutupi seluruh mukanya.

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki yang dipercayai merupakan bapa kepada bayi berkenaan telah masuk ke dalam bilik tersebut dan segera mengalihkan kain terbabit daripada muka si kecil.

Setakat artikel ditulis, video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 16 juta tontonan dan menerima pelbagai respon daripada netizen. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan di manakah insiden tersebut berlaku. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan daripada netizen terutamanya mereka yang bergelar ibu bapa mengakui bimbang sekiranya kejadian seumpama ini berlaku. Malah dalam kesempatan itu, rata-rata daripada mereka sempat menitipkan pesanan supaya ibu bapa di luar sana lebih berhati-hati.

Video

Komen

Sumber: Wagyukubb

SKIP THIS AD ×