Gambar sekadar hiasan
Seorang bayi yang baru sahaja berusia setahun disahkan maut selepas ditinggalkan di dalam sebuah kereta selama sembilan jam.
Artikel Berkaitan: Tak Perasan Tertinggal Anak Dekat Kedai Makan
Ibu angkat tak perasan, terus pergi kerja
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan CNN, kejadian itu berlaku selepas ibu angkat kepada bayi tersebut dipercayai tidak menyedari dia meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta yang diparkir di luar sebuah hospital di Washington, Amerika Syarikat.
Difahamkan, wanita berkenaan yang bekerja hospital terbabit tiba pada jam 8 pagi (waktu tempatan) dan meninggalkan bayinya itu sehingga habis waktu kerjanya pada jam 5 petang (waktu tempatan).
Dalam pada itu, pegawai maklumat awam Jabatan Polis Puyallup, Don Bourbon mendedahkan bayi tersebut kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun gagal untuk diselamatkan.
Bayi tersebut dikejarkan ke hospital tetapi tidak sedarkan diri.
Menurut siasatan, suhu persekitaran yang mencecah 43.3 darjah Celsius menjadi punca kepada kematian bayi itu yang dipercayai lemas sehingga menyebabkannya sukar untuk bernafas.
Bukan itu sahaja, Bourbon turut mengesahkan bahawa ibu angkat kepada mangsa serta keluarganya memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang proses siasatan dan tiada pertuduhan difailkan.
Sumber: CNN