Seorang bapa bernama Muhammad Fakrul Adlan merayu kepada orang ramai agar terus mendoakan kesihatan anaknya, Nur Fatma Helena yang kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan akibat masalah paru-paru.

Artikel Berkaitan: Bayi 12 Bulan Kritikal & Alami Pendarahan Di Kepala Selepas Tak Sedarkan Diri Di Taska

Anak di NICU

Menerusi perkongsian di TikTok, Fakrul memaklumkan bayi perempuannya yang kini berusia dua bulan 10 hari masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi pemantauan rapi.

Tolong viralkan Baby Helena. Sekarang dah dua bulan 10 hari masih lagi dalam NICU.

Dia masih lagi bergantung dengan alat bantuan pernafasan 100 peratus. Saya, Muhammad Fakrul Adlan, amat berterima kasih kepada semua warga maya.

Walaupun kita tidak kenal antara satu sama lain, ramai yang sudi membantu ketika kami berada dalam kesusahan.

Dalam perkongsian sama, Fakrul turut meluahkan rasa syukur atas segala bantuan dan doa yang diterima daripada orang ramai.

Terima kasih juga kepada semua yang sentiasa mendoakan semoga Helena cepat sembuh.Terima kasih semua.

Semoga Allah murahkan rezeki kalian. Ya Allah, sungguh berat ujian ini. Kuatkanlah kami untuk menerima setiap ujian daripada-Mu.

Dalam hantaran berasingan, Fakrul turut berkongsi kod QR bagi memudahkan mana-mana individu yang ingin menghulurkan sumbangan untuk membantu meringankan beban kewangan keluarganya.

Fakrul merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil menghulurkan bantuan kewangan serta tidak putus-putus mengirimkan doa buat kesembuhan Nur Fatma Helena.

Sumber: TikTok