Dalam membudayakan norma baharu, kita semua sudah terbiasa dengan transaksi tanpa tunai. Ia bukan sahaja lebih selamat, malah memudahkan urusan orang ramai tanpa perlu mengeluarkan wang tunai terlebih dahulu bagi melakukan sesuatu pembelian.
Namun, tak semua tempat menyediakan kemudahan ini. Selalunya kita tengok hanya kedai-kedai besar yang membenarkan transaksi digital, jarang sangat ada gerai atau peniaga di kaki lima menerima bayaran melalui e-dompet.
Bagi memastikan semua peniaga kini mempunyai akses untuk menerima bayaran tanpa tunai termasuk perusahaan kecil dan sederhana, (PKS) SELANGKAH bersama Kiple baru-baru ini melancarkan aplikasi SELANGKAH BIZ.
Sebuah aplikasi yang membolehkan peniaga menerima bayaran daripada e-dompet tanpa memerlukan sebarang peralatan khas, ia hanya perlu dilakukan melalui telefon pintar. Senang dan cepat! Hanya tinggal imbas kod QR di aplikasi penyedia e-dompet milik pelanggan, kemudian terus boleh buat pembayaran!
Tak perlu lagi bawa tunai ke Bazaar Ramadhan
Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, SELANGKAH BIZ turut diperluas untuk kegunaan semua peniaga di Bazaar Ramadhan. Korang dah tak perlu susah-susah membawa wang tunai untuk berbelanja tau, guna je SELANGKAH BIZ. Lebih selamat tanpa sebarang sentuhan fizikal diantara peniaga dan pembeli.
Dengan hanya menggunakan aplikasi ini, peniaga boleh menerima bayaran daripada mana-mana e-dompet yang sah di Malaysia tanpa memerlukan sebarang aplikasi lain. Senang kata, tak kisahlah korang bayar dari e-dompet apa sekalipun, pembelian korang boleh diproses terus melalui SELANGKAH BIZ.
Pengurusan peniagaan juga bakal menjadi lebih mudah buat para peniaga kerana mereka boleh memantau setiap penjualan melalui rekod transaksi dan menerima sebarang maklum balas daripada pelanggan.
Taufiq Amini, pemilik Iman Tijari dan salah seorang pengguna SELANGKAH BIZ berkata, “Penggunaan e-dompet adalah sangat popular dalam kalangan pembeli sekarang kerana ia mudah untuk ditambah nilai walaupun jika mereka tidak bawa dompet bersama.
“Aplikasi ini juga menjadikan urusan jual beli dan pengurusan syarikat lebih mudah untuk peniaga”
Insentif istimewa untuk para peniaga
Bagi menggalakkan pengunaan SELANGKAH BIZ, insentif sebanyak RM10,000 sehari telah diperuntukkan untuk para peniaga yang melakukan transaksi perniagaan melalui aplikasi ini mulai dari 13 April hingga 12 Mei 2021.
Kesemua peniaga bakal menikmati RM1 untuk setiap transaksi yang berjaya melalui SELANGKAH BIZ dengan pembelian minima sebanyak RM5 dalam satu transaksi. Kadar maksima yang dibenarkan untuk ditebus untuk setiap hari adalah sebanyak RM50.
Sepanjang Ramadan ini, kempen promosi Selangkah BIZ telah dijalankan bagi golongan penjaja di lapangan. Bermula dengan Laman Niaga Bangi pada minggu lalu, ia akan diteruskan di lokasi berlainan di sekitar Perbandaran Kajang.
SELANGKAH BIZ boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store. Versi aplikasi untuk iOS akan dilancarkan tak lama lagi.
Jika korang berminat nak tahu lebih lanjut tentang SELANGKAH BIZ, bolehlah layari laman web rasminya di SINI atau hantarkan emel ke- [email protected]