berita

‘B*bi Hutan Lagi Sedap Dari B*bi Pink’ – Adam Corrie Lee Throwback Zaman Sebelum Syahadah

January 22nd, 2020 | by faris
Kini Trending

Kisah penghijrahan Adam Corrie Lee yang memeluk agama Islam pada 2007 mendapat liputan meluas media. Dia kini bahagia bersama isteri dan dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee. Mengimbau kenangan zaman sebelum Muslim, Adam berkongsi cerita lucu setelah ditanya isterinya berkenaan cara pemakanannya ketika beragama Buddha.

‘Dibersihkan’ sebelum syahadah

Adam berkongsi detik mencuit hati apabila ditanya isterinya sama ada dia pernah makan babi sebelum bergelar Muslim. Malahan, tambahnya lagi, dia sudah tidak menyentuh haiwan berkenaan 4 tahun sebelum mengucap syahadah lagi dan beranggapan Allah mahu ‘membersihkan’ dirinya.

Bidadari saya tanya, saya jawab je la dengan jujur. Respon “erkk” sebab dia ingat babi pink yang lebih ramai suka makan tapi sebaliknya. Sekarang ramai sudah rakan yang belum Islam tak makan daging babi atas kesedaran faktor kesihatan.

Dan alhamdulillah, 4 tahun sebelum saya syahadah/kembali kepada fitrah. Saya sudah tiada rasa nak makan babi. Rupanya Allah nak saya bersih sebelum kembali kepada fitrah.

Jangan pandang hina ciptaan Allah

Pelakon yang dikenali dengan watak antagonis ini turut mengingatkan bahawa setiap ciptaan Allah tidak sia-sia dan tidak wajar dihina dan mempunyai hikmah tersendiri.

Setiap kejadian yang Allah cipta bukan sia-sia. Allah jadikan babi itu ujian bagi umat Islam. Jangan kita pandang hina setiap kejadian tapi pandang ia satu ujian dan hikmah disebaliknya.

Saya cerita ni, jadikan ia satu ilmu pengetahuan. Ambil yang positif ye. Jika kita pandang negatif, negatiflah yang kita dapat.

Sumber: Adam Corrie Lee

The following two tabs change content below.