
Konsert ‘Eternal Love, Timeless Romance’ yang dipersembahkan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), menggambarkan perjalanan seorang wanita yang kehilangan suami tercinta, sambil membesarkan anak lelaki dan meneruskan kerjaya dalam dunia seni.
Artikel Berkaitan: Bunga Citra Lestari Bawa Rasa Cinta Abadi Dalam Konsert ‘BCL: External Love – Timeless Romance’ September Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kedua-Dua Lelaki Ini Sentiasa Memastikan Saya Adalah Wanita Paling Bahagia’ – BCL
Konsert bercampur emosi

Konsert berdurasi hampir dua jam di Plenary Hall, KL Convention Centre KLCC itu membawa peminat mendalami perasaan BCL, kekuatan diri sehingga berjaya membuka lembaran baru bersama insan yang bernama Tiko Aryawardhana.
Sebanyak 17 buah lagu didendangkan dan antara yang membuai jiwa penonton adalah ’12 Tahun Terindah’ yang meceritakan memori pahit manis sepanjang bergelar isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair.
Ashraf merupakan seorang pasangan, teman dan boleh juga kata partner in crime. We like to fight for each other but also like to fight with each other.
Selama 12 tahun, we stayed each other kita jalankan bersama. Bila saya harus hadapi kehilangannya, it was really tough.
Pesan saya, manfaatkan sebaiknya masa bersama orang tersayang kerana tidak akan tahu bila mereka akan tinggalkan kita.
Bagaimanapun, pelakon itu turut bersyukur dengan kehadiran Tiko yang menerima kehadiran keluarga arwah Ashraf dalam hidupnya.
Lagu dan video yang saya paparkan malam ini bukan untuk menangis tetapi hanya mahu kongsikan perjalanan hidup dan bagaimana saya membuka lembaran baru.
Dalam konsert berdurasi dua jam itu, BCL turut menghiburkan penonton dengan lagu Cinta Sejati, Selalu Ada Di Nadimu, Memulai Kembali, Karena Ku Cinta Kau dan serta slot ‘curhat.’
Konsert ‘Eternal Love, Timeless Romance’ anjuran Pulse Project Asia turut dimeriahkan dengan barisan penyanyi jemputan seperti Fajar Noor, Jaclyn Victor dan Dennis Lau.
Gambar










![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)