berita

Be A Maybank2u Star & Menang Hadiah Sehingga RM5,000!

December 3rd, 2012 | by Ai
Shout Out!

Sebagai pengguna Maybank2u, saya merasakan perkhidmatan ini sangat efisyen dan memudahkan urusan perbankan saya.

Lazimnya saya akan menggunakan perkhidmatan Maybank2u untuk membeli ‘top up’ telefon bimbit kerana prosesnya amat mudah dan cepat.

Justeru itu, dengan adanya pertandingan “Be A Maybank2u Star” saya telah menyertai pertandingan ini dengan memuat naik iklan sendiri dan kongsikan ia kepada pengguna Maybank2u yang lain.

Berikut merupakan iklan yang telah saya hasilkan. Hebat tak?

Untuk menyertai pertandingan ini, anda hanya perlu layari Facebook Maybank2u dan klik di bahagian ‘Be A Maybank2u Star’ serta ‘submit your ad.’ Setelah itu, hasilkan iklan anda sendiri dengan memuat naik gambar serta ‘tagline’ yang menarik. Ikuti arahan seterusnya dan anda berpeluang untuk menang wang tunai sehingga RM5,000.

Sebagai blogger, anda juga layak menyertai pertandingan ini. Anda hanya perlu kongsikan segala cerita serta pengalaman menarik sepanjang menggunakan perkhidmatan Maybank2u.

Setelah itu emelkan link blog post anda ke [email protected] berserta dengan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi.

Dengan ini, anda berpeluang untuk menangi hadiah menarik berupa tablet Asus Nexus 7.

Jadi tunggu apa lagi? Jom sertai pertandingan ini dan muat naik entri anda di www.maybank2u.com/savemem2u sekarang!

Pertandingan ini dibuka mulai 1 November hingga 31 Disember 2012.

Nota : Terbuka kepada pelanggan Maybank2u sahaja. Sekiranya bukan pelanggan, anda boleh mengaktifkan akaun di cawangan Maybank berdekatan.

SKIP THIS AD ×