
Tabung Haji baru-baru ini telah mengumumkan syarat kesihatan baharu bagi mereka yang ingin menunaikan rukun Islam kelima itu, termasuk penilaian lebih ketat terhadap penyakit kronik dan tahap kecergasan fizikal.
Artikel Berkaitan: Anak Kesal, Dakwa Ibu Dibuli Rakan Sebilik Ketika Haji – ‘Kena Maki & Ditengking’
Artikel Berkaitan: Isteri Aliff Syukri Impi Pergi Haji Dengan Pakej RM250,000
Penilaian kesihatan

Ramai teruja untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun tidak semua layak.
Menurut pihak Tabung Haji, semua bakal jemaah mesti memiliki tubuh badan yang sihat iaitu bebas daripada penyakit kronik seperti masalah jantung, buah pinggang, paru-paru, atau kanser yang masih dirawat.
Justeru, setiap bakal jemaah wajib buat pemeriksaan terlebih dahulu untuk memastikan diri mereka benar-benar mampu untuk menjalankan ibadah tanpa risiko.
Berikut merupakan kelayakan kesihatan bagi bakal jemaah haji:
Layak
- Bebas daripada penyakit berjangkit/ serius/ kronik tidak terkawal
- Berupaya menjalankan ibadah Haji dengan sendiri
Tidak Layak
- Kegagalan buah pinggang (perlu dialisis)
- Kegagalan jantung atau penyakit jantung serius (NYHA Kelas III/ IV)
- Penyakit paru-paru kronik (memerlukan bantuan oksigen)
- Penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati
- Masalah neutrologi mental menjejaskan fungsi kognitif dan motor
- Warga emas dengan dementia/ fizikal lemah
- Kehamilan berisiko tinggi
- Penyakit berjangkit aktif (contoh: TIBI)
- Pesakit kanser dalam rawatan (kemoterapi atau lain-lain)
Sumber: Facebook Tabung Haji








