berita

Beberapa Isu Perlu Disiasat, T Murugiah Cadang Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Tuntut Keadilan

September 5th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Acara pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia, Tentera Darat semalam bertukar tragedi apabila seorang pegawai, Mejar Mohd Zahir maut terkena tembakan. Pemergian wira negara ketika bertugas di Kem Lok Kawi Sabah itu benar-benar meruntun jiwa ramai orang.

Memetik laporan Berita Harian, Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah menggesa agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden ini.

Beberapa isu perlu disiasat

Mengulas lanjut cadangan tersebut, T Murugiah berharap agar keadilan kepada keluarga Allahyarham dapat dibela. Selain itu, prosedur standart operasi (SOP) membabitkan isu keselamatan harus disiasat dengan lebih mendalam.

Saya melihat ada beberapa isu yang perlu disiasat dan perlu diperketatkan pada masa akan datang. Adakah acara gimik itu telah dibuat latihan yang secukupnya sebelum diluluskan?

Tambahnya lagi, sepatutnya kecuaian membabitkan isu keselamatan dapat dielak jika mengikut SOP seperti yang ditetapkan.

Isu keselamatan tidak dipentingkan

Jarak tembakan juga harus dikaji bersesuaian dengan penggunaan senjata dan peluru. Jika menggunakan peluru hidup, seharusnya mereka menutup keseluruhan badan dengan baju kalis peluru. Saya melihat isu keselamatan tidak dipentingkan dalam situasi ini.

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja juga bertujuan untuk memastikan tragedi seumpama ini tidak berulang lagi. Dia memberitahu lagi, dengan pemergian wira negara semalam diharap dijadikan pengajaran di masa hadapan.

Sumber : Berita Harian Online

The following two tabs change content below.