berita

Beberapa Minggu Terlantar Di ICU, Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Maghribi Akibat Leukimia

November 24th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Penuntut Pengajian Islam di Universiti Mohammed V Rabat Maghribi, Mohd Hafizuddin Hazrul meninggal dunia selepas disahkan menghidap leukimia. Mohd Hafizuddin ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Cheikh Zayd sejak awal November kerana demam selama beberapa hari.

Pengkhabaran sedih ini disampaikan sendiri oleh kakak arwah yang juga merupakan penuntut di universiti sama bagi tahun kedua.  Bapa, Hazrul Abdullah berkata pemergian anak lelakinya itu sangat mengejutkan mereka sekeluarga.

Dah medical check up sebelum berangkat

(Foto : Harian Metro)

Ketika dihubungi Harian Metro, bapa memberitahu anaknya itu tidak pernah mengadu sakit serta sihat sebelum berangkat ke Maghribi pada September lalu. Malah, arwah juga merupakan seorang yang aktif.

Perkara ini sememangnya mengejutkan kami sekeluarga disebabkan sebelum Mohd Hafizuddin pergi ke Maghribi pada awal tahun ini dia sudah menjalani ‘medical check up’ (ujian kesihatan).

Dia yang juga bekas pelajar Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) Gemencheh, Negeri Sembilan seorang aktif dalam sukan.

Sebelum dia ke sana (Maghribi) tiada sebarang masalah kesihatan.

Disahkan hidap leukimia

Katanya lagi, mereka kerap berhubung sejak arwah berangkat ke Maghribi. Arwah ada memberitahu demam sebelum disahkan menghidap leukimia menyebabkan dia ditahan di ICU.

Disebabkan masih tidak sembuh, rakannya membawa dia (arwah) ke hospital pada 3 November lalu sebelum doktor menempatkan dia di ICU hospital berkenaan.

Lebih memilukan apabila doktor mengesahkan Mohd Hafizuddin menghidap leukemia yang mana keadaannya dilihat semakin lemah.

Arwah merupakan seorang pelajar tajaan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Kedutaan Malaysia kini sedang menguruskan proses untuk membawa pulang jenazah dan dijangka tiba pada Isnin atau Selasa ini. Arwah akan dikebumikan di Kampung Bintungan Rembau Negeri Sembilan.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×