
Pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim dilaporkan sah bercerai talak tiga di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Linda Hashim Mengaku Sudah Empat Bulan Tak Sebumbung, Beego Boleh Jumpa Anak-Anak – ‘Saya Tak Pernah Halang’
Artikel Berkaitan: Keganasan Rumah Tangga & Orang Ketiga Jadi Punca Mahu Bercerai? Linda Hashim Enggan Ulas – ‘Itu Boleh Tanya Beego Sendiri’
Cerai
Memetik Berita Harian, pemilik nama Mohamad Aszerul Nizam Abdullah bersetuju untuk melakukan lafaz tersebut sekali gus menjadikan penceraian talak satu kali ketiga antara pasangan itu di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Radzi Sadiman.
Menurut Peguam syarie mewakili Beego, Muhammad Akmal Amzan sebelum lafaz cerai dibuat, dia memaklumkan permohonan pengesahan lafaz taklik yang difailkan Linda tidak sah.
Saya kena jelaskan daripada awal mengenai kes ini.
Pada asalnya, Linda memfailkan permohonan perceraian. Kemudian, Linda turut memfailkan permohonan pengesahan lafaz taklik.
Hari ini, bagi keputusan permohonan pengesahan lafaz taklik itu, mahkamah memutuskan dakwaan berhubung lafaz taklik terbabit tidak sah dan kedua-dua pihak masih lagi berstatus suami isteri.
Jadi, bagi kes pengesahan lafaz taklik itu, mereka masih belum bercerai.
Bagaimanapun, pada hari ini juga, Beego bersetuju menceraikan Linda secara baik.
Tadi, Beego sudah melafazkan talak satu buat kali ketiga, akan tetapi ini bukan lafaz talak tiga.
Difahamkan, penceraian yang berlaku kali ketiga ini tidak membenarkan kedua-dua pihak untuk merujuk kembali.
Sebelum ini, kedua-dua pihak pernah bercerai sebanyak dua kali, kemudian rujuk, bercerai semula dan rujuk kembali.
Hari ini ialah perceraian kali ketiga, jadi mereka tidak lagi boleh rujuk.
Hari ini berlangsung dua prosiding. Pertama, prosiding pengesahan lafaz taklik dan kedua, permohonan perceraian yang difailkan Linda.
Mahkamah tidak mensabitkan dakwaan lafaz taklik itu, jadi permohonan terbabit ditolak kerana tidak sah.
Bagi prosiding perceraian pula, Beego sendiri secara rela hati bersetuju untuk menceraikan Linda dengan baik.
Kata Muhammad Akmal, sejak tahun lalu pasangan itu sudah bersetuju untuk bercerai namun tertangguh kerana dakwaan berkenaan lafaz taklik yang perlu diputuskan mahkamah terlebih dahulu.
Sejak awal tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego menyorot perhatian apabila aktres itu memfailkan penceraian atas alasan tiada persefahaman.
Untuk rekod, pasangan itu pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, namun kembali rujuk pada 9 April tahun sama.
Linda kemudian membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga cahaya mata mereka.
Linda bagaimanapun mendakwa mereka sekali lagi bercerai beberapa bulan selepas rujuk sebelum kembali bersama tidak lama kemudian.
Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak iaitu Jelita Clarissa, 12, Anggun Cassandra, 11, dan Indah Camelia, 7.
Sumber: Berita Harian