Nama pereka fesyen, Hana Tajima sering diperkatakan dalam kalangan wanita kerana fesyen yang dicetuskan olehnya telah mengubah cara pemakaian tudung bagi para wanita berhijab serta memberi pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat dunia.
Akui sudah tidak pakai hijab
Namun menerusi satu perkongsian di Instagram, Hana memberitahu bahawa dia sudah tidak lagi memakai hijab. Walaupun pada mulanya Hana berasa agak sukar untuk dibincangkan, namun dia sudah memikirkan perkara berkenaan dalam waktu agak lama.
Jadi inilah saya. Sukar untuk saya bincangkan mengenai perkara ini dan saya rasa berbolak balik tentangnya. Tapi izinkan saya untuk terangkan secara terbaik.
Apabila saya menutup rambut saya, saya tak selalu tutup telinga atau leher. Saya tak selalu tutup rambut saya dengan sepenuhnya.
Dalam pada itu, Hana turut mengatakan bahawa ia bukan perkara yang mudah untuk mencari keseimbangan di dalam dirinya dan hijab.
Saya faham kenapa model hijab di media sosial membuat keputusan untuk berhenti bertudung. Kamu mengundang begitu banyak tekanan. Kesempurnaan yang begitu teliti sehinggakan kamu bertanya ‘Adakah saya buat perkara ni untuk pastikan orang lain gembira?’
Sentiasa menghargai dirinya
Meskipun, dia suka akan hijabnya dan masih belajar untuk menyukainya, namun ia bukannya sebahagian daripada identiti luarannya lagi dan lebih kepada sebahagian daripada dalam dirinya.
Lebih-lebih lagi jika kamu tinggal di negara yang mempunyai stigma terhadap wanita bertudung. Saya percaya bahawa sejauh mana kita menjadi Muslim, memakai tudung dapat tumpuan yang lebih daripada yang sepatutnya.
Walau bagaimanapun, pereka fesyen berdarah kacukan Inggeris-Jepun ini sentiasa menghargai dirinya dan mengalih tumpuannya terhadap pendapat yang mengatakan bahawa bertudung sebagai kayu pengukur kepada kebaikan.
Jadi, tolong lah fikirkan perkara itu secara ikhlas sebelum kamu menaip atau memberitahu seseorang mengenai penampilang mereka.
Penjelasan Hana Tajima
View this post on Instagram
Sumber : hntaj