berita

Bekas Bintang Porno, Mia Khalifa Cemas Dikejar 10 Lelaki Menaiki Bot Laju Ketika Berlayar

August 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Bekas pelakon filem porno iaitu Mia Khalifa berdepan detik cemas apabila dikejar 10 lelaki menaiki bot laju ketika bercuti di Miami, baru-baru ini.

Mia Khalifa dikejar 10 lelaki

Mia Khalifa yang berusia 29 tahun itu telah berkongsi momen tersebut menerusi Insta Story. Menurut sumber, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 31 Julai lalu ketika wanita kelahiran Lubnan ini bercuti di Miami. Tambah Mia lagi, kapal layar yang dinaikinya itu dikejar oleh kira-kira 10 lelaki yang tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek dengan menaiki bot laju.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan bot yang membawa sekumpulan lelaki yang tidak dikenalinya menghampiri kapal layar yang dinaiki Mia. Menerusi raut wajah Mia, kelihatan dia seakan risau dan bimbang akan keselamatan dirinya. Perkara tersebut secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan para peminat Mia. Namun tidak lama selepas itu, Mia ada berkongsi posting lain di Insta Story miliknya dan ianya sekaligus menunjukkan bahawa tiada perkara buruk yang berlaku kepada bekas pelakon filem porno ini.

Menurut sumber, sejak tahun lalu, Mia banyak menghabiskan masanya dengan berlayar di merata tempat termasuklah di United Kingdom, Ibiza dan Amerika Syarikat.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×