berita

Bekas Bintang Realiti TV Untung RM200 Ribu Seminggu Jual Kentut Dalam Balang

December 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Metro UK

Siapa sangka dengan hanya menjual kentut yang dimasukkan di dalam balang, seorang wanita dikenali sebagai Stephanie Matto di Washington, Amerika Syarikat mampu menjana pendapatan yang lumayan. Memang luar biasa perniagaan dia!

Wanita ini dipercayai memperoleh hampir AS$50,000 (anggaran RM213,016) dalam tempoh seminggu hasil jualan ‘kentut’ yang dimasukkan ke dalam balang bersama beberapa kelopak bunga ros serta nota peribadi.

Pendapatan lumayan hanya jual kentut

Foto: Metro UK

Menerusi laporan Metro UK, wanita ini yang merupakan bekas bintang realiti televisyen membuat pengakuan dia banyak makan protein, yogurt, telur rebus dan kekacang bagi membantu proses ‘mengepam’ kentutnya. Mengulas lebih lanjut, Stephanie menyasarkan sejumlah 260,000 pengikutnya sebagai pelanggan yang akan menyokong produk keluarannya.

Difahamkan, setiap balang kentut tersebut dijual pada harga AS$1,000 (anggaran RM4,237) dan dia dipercayai sempat membuat promosi 50 peratus baru-baru ini.

Setakat ini, dia berjaya menjual 97 buah balang kentut dan menjelaskan ia merupakan cabang perniagaan yang menyeronokkan.

Cabang perniagaan yang menyeronokkan

Foto: Metro UK

Mengulas lebih lanjut, wanita ini mula dikenali selepas menyertai satu rancangan mengenai pasangan bercinta yang akan berkahwin atau pun tidak selepas menghabiskan masa tiga bulan bersama.

Walaupun tidak berjaya mendapat pasangan, ‘nama’ wanita ini menarik perhatian ramai untuk membeli balang kentutnya.

Beberapa tahun lalu, saya mendapat permintaan untuk menjual coli, seluar dalam, rambut dan air mandian.

Saya berpendapat bahawa menjual kentut adalah cabang perniagaan yang hebat, menyeronokkan, unik dan berbeza.

Sumber: Metro UK

SKIP THIS AD ×