
Bekas isteri kepada pelakon, Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri mendakwa sudah menjadi mangsa keganasan rumah tangga lebih 20 tahun sepanjang perkahwinan mereka.
Artikel Berkaitan: Edika Yusof Anggap Prosiding Cerai Sebagai Hadiah ‘Birthday’, Tak Pernah ‘Complain’ Jaga Isteri Sepanjang 19 Tahun
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Edika Yusof Tinggal Bersama Anak, Berlapang Dada Dengan Segala Ujian – ‘Saya Tak Kuat Tapi Pernah Kuat’
Ada bukti
Meskipun aktor itu menafikan perkara tersebut, Hidayah menegaskan, dia mempunyai segala bukti dalam bentuk video, gambar dan audio.
Malah, dakwanya, bukti tersebut sudah dibentangkan di hadapan hakim.
Edika boleh menafikan apa yang dia nak, dia boleh cakap apa yang dia mahu tetapi apa yang saya kemukakan dalam mahkamah adalah bukti yang kukuh.
Saya ada gambar, video dan audio. Keganasan itu berlaku dari sebelum saya lumpuh.
Anak-anak juga menjadi saksi. Walaupun anak perempuan tak duduk dengan saya tapi tidak bermaksud dia tidak tahu apa yang terjadi. Anak perempuan berpihak pada saya.
Contoh kalau ada kejadian-kejadian tertentu yang tak dapat dikawal, anak perempuan saya orang pertama yang akan cari abang sulung dia dan kalau abang dia tak dapat datang, dia diam-diam akan hubungi pihak polis.
Banyak kali dah pihak polis datang rumah. Anak perempuan juga mempunyai bukti seperti video insiden yang berlaku. Kalau pergi ke Balai Polis Kepong, tanya la mereka dah berapa banyak kali polis datang ke rumah.
Hidayah berkata demikian sejurus selepas urusan perceraian dengan Edika di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Tak nak dedahkan bukti
Berkongsi lanjut, Hidayah berkata, dia bagaimanapun tidak akan mendedahkan bukti itu kepada umum kerana menghormati bekas suami dan menghargai segala kebaikan pernah dilakukan.
Dalam mahkamah dia tetap mahu menafikan perkara itu.
Saya tak nak (keluarkan bukti). Kerana saya hargai segala kebaikan dia pernah buat.
Pada Isnin, Edika telah melafazkan cerai talak satu terhadap isteri, Nor Hidayah Yusri di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh pada pukul 10.42 pagi.
Pada 23 April lalu, Hidayah menyenaraikan 10 alasan yang menyebabkan dia membuat permohonan cerai terhadap Edika di hadapan hakim.
Kesemua sebab tersebut disifatkan perkara kritikal sehingga membuatkan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.
Untuk info, Hidayah memfailkan cerai terhdap Edika pada pertengahan Februari lalu.
Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.