berita

Bekas Isteri Meletakkan Syarat Buat Jimmy Shanley

December 7th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Semalam telah berlangsungnya perbicaraan kes tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) yang difailakn oleh bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Menerusi kes perbicaraan tersebut, Jimmy telah mengeluarkan kenyataan bahawa bekas bapa mertua telah menghalang dirinya untuk datang ke rumah mereka sejak Julai tahun lalu dan sekaligus tindakan tersebut menghalang dirinya untuk bertemu dengan anak tunggal, Zahra Shanley, 18 bulan.

“Saya tidak melawat anak saya kerana bekas bapa mertua marah dan halang saya ke rumah mereka.

“Selain itu, bekas isteri juga ada meletakan beberapa syarat untuk saya berjumpa anak saya,” ujar Jimmy menerusi laporan Sinar Harian Online.

Menurut laporan yang sama, Jimmy turut menyatakan bahawa bekas ibu mertua ada membawa anaknya ke rumah dan kali terakhir dia berjumpa dengan anak pada April lalu.

SKIP THIS AD ×