berita

Bekas Isteri Samuel Rizal Meninggal Dunia Angkara Sihir? Dakwa 4 Tahun Derita, Ada Paku Dalam Badan

March 25th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Bekas isteri kepada pelakon terkenal Indonesia, Samuel Rizal iaitu Stevie Agnecya dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 21 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Adik Melly Goeslaw Meninggal Dunia

Ada paku dalam badan

Namun berita kematian tersebut menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan punca kematian Stevie yang juga merupakan seorang selebriti itu masih belum diketahui.

Malah, apa yang lebih menimbulkan pertanyaan ramai apabila tularnya satu hantaran yang pernah dikongsikan Allahyarhamah di TikTok pada September tahun lalu.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita berusia 32 tahun itu pernah mendakwa dirinya telah terkena sihir. Malah Stevie juga ada memuat naik keputusan X-Ray yang memperlihatkan terdapat bendasing iaitu dua paku terselit pada bahagian badannya.

Nauzubillah saya tidak pernah memakai susuk atau memasukkan bendasing dalam badan saya.

Ternyata semakin kita dekat dengan Allah SWT, semakin ditunjukkan semua bukti sihir itu yang ada ditubuh saya selama 4 tahun.

Dalam perkongsian tersebut juga, Stevie seakan memberi bayangan bahawa dia mengetahui siapakah individu yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya. Dia juga berharap agar individu terbabit diberi kesedaran dan bertaubat.

Samuel Rizal dan Stevie mendirikan rumah tangga pada 12 Februari 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada 2016.

Stevie Agecya kemudiannya berkahwin dengan juruterbang, Anggi Pratama pada Julai 2017 selepas memeluk agama Islam. Stevie dan Anggi dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×