Pelakon terkenal Indonesia iaitu Mohammad Aliff Bin Ali Dad Khan atau lebih dikenali dengan nama Aliff Ali Khan telah ditahan oleh pihak polis Indonesia selepas didakwa atas kesalahan pemalsuan dokumen.
Artikel Berkaitan: Abang Isa Khan, Aliff Khan Didakwa Pukul Isteri Ketika Sarat Mengandung?
Palsukan kad pengenalan anak
Memetik laporan Kompas, Aliff Ali Khan yang juga merupakan adik kepada pelakon terkenal Miller Khan didakwa memalsukan kad pengenalan anak kandungnya sekaligus ianya telah melanggar akta anak republik tersebut. Menurut sumber, Aliff Ali Khan merupakan anak kelahiran Malaysia yang menetap di Indonesia.
Aliff Ali Khan ditahan selepas pihak polis menerima lampiran bukti yang diberikan oleh bekas isterinya, Aska Ongi pada tahun lalu yang menunjukkan terdapat unsur penipuaan saat pelakon sinteron berusia 31 tahun ini mendaftar kad pengenalan anaknya. Susulan daripada itu, Aliff Ali Khan telah ditahan pada 1 Mac lalu dan jika didapati bersalah, dia bakal dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun.
Penahanan juga dilakukan agar yang terkait (Aliff Ali Khan) tidak melarikan diri pulang ke Malaysia kerana dia masih berstatus warganeraga Malaysia.
Menurut sumber, Aliff Ali Khan dipercayai menggabungkan nama anak dan namanya sebagai bapa. Tindakan tersebut dianggap salah kerana dia dan bekas isterinya telah bernikah secara siri dan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.
Terdahulu, Aliff Ali Khan terkait dengan kontroversi yang mendakwa dirinya melakukan keganasan rumah tangga. Dia dipercayai telah memukul bekas isterinya, Aska Ongi ketika wanita itu sedang sarat hamil 4 bulan. Aliff dan Oska Ongi bernikah pada 19 Disember 2018 dan pada 2 Mei 2019, pasangan ini menerima cahaya mata pertama mereka. Namun perkahwinan mereka terputus di tengah jalan dan telah sah bercerai pada 11 November 2019.
Sumber: Kompas, Liputan6, Pikiran Rakyat