Hantaran terbaharu bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia bersama suami dan anaknya telah menarik perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Bekas Menantu Zainal Abidin Pilih Lelaki Kulit Cerah Jadi Kekasih? Kongsi Foto Bersama
Artikel Berkaitan: ‘Kau Berjaya Sebab Anak Dah Tak Kenal Ibunya, Aku Bersumpah Tak Akan Ada Lagi Kelahiran Lelaki Dalam Keluarga Kau’ – Bekas Menantu Zainal Abidin
Coretan Sofea
Menerusi perkongsian di TikTok, Sofia memuat naik beberapa keping foto dirinya sedang menggendong bayi dan kelihatan suaminya Syahfiz Azman turut berada di sisi, sekaligus telah menjawab persoalan tentang status dirinya.
Di ruangan kapsyen pula, Sofia menulis coretan ucapan hari lahir buat Syahfiz.
Selamat hari lahir suami. Walaupun banyak perkara yang berlaku dan semua perkara buruk yang perlu kita lalui, saya akan sentiasa mencintai awak.
Seorang ayah dan seorang suami. Saya sangat gembira dan bertuah kerana mempunyai awak di sisi kami. Awak curahkan kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak dan saya.
Menurut Sofia, dia tidak mengambil pusing akan kata-kata orang kerana lebih mengenali suaminya.
Saya tidak perlu mendengar apa yang orang katakan tentang awak kerana saya lebih tahu tentang awak. Saya yang tinggal dengan awak 24/7.
Tiada apa yang perlu disembunyikan, kita masing-masing ada kisah silam. Awak adalah sebahagian dari saya.
Bahagia bersama suami
Dalam masa yang sama, Sofia turut menyifatkan Syahfiz sebagai seorang suami yang bertanggungjawab dan prihatin.
Saya hormat awak sebagai ketua keluarga dan sebagai suami. Awak sentiasa positif.
Awak jalankan tanggungjawab awak sebagai seorang ketua keluarga dan suami tanpa mengeluh. Terima kasih sebab terima kekurangan saya dan puji kelebihan saya.
Awak akan cakap jangan buat apa-apa, jangan buat kerja rumah biar pembantu buatkan atau tunggu awak balik kerja.
Kalau awak perlu bekerja dalam masa yang lama, awak akan bawa saya bersama dan sediakan tempat untuk saya sebab risau saya keseorangan walaupun ada pembantu.
Antara momen yang paling menyentuh hati Sofia adalah ketika mereka bersama-sama mendirikan solat dan membaca surah Yasin.
Sangat terharu dan menitis air mata bila pertama kali seorang lelaki bergelar suami menjadi imam solat saya. Awak akan tanya saya, dah solat atau belum.
Saya masih belajar dan setiap hari adalah proses pembelajaran.
Baca Yassin selepas maghrib tunggu isyak telah menjadi rutin kita dan juga bersama anak-anak.
Apa yang membuatkan saya kagum adalah sebab saya banyak belajar dari awak.
Pada akhir coretan Sofia mendoakan agar suaminya dilimpahkan segala nikmat daripada Allah SWT.
Sekadar info, Sofia pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Zaiza pada 15 Januari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad Zaynedine Sulaiman, 7, dan Seri Zayana, 3.
Namun mereka bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sumber: TikTok Sofia Smeth