

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun, pagi ini.
Artikel Berkaitan: Salahuddin Ayub Meninggal Dunia, Perdana Menteri Ucap Takziah
Al-Fatihah

Memetik laporan Berita Harian, berita mengenai pemergian Tun Daim disahkan peguamnya iaitu Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar.
Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sewaktu mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta yang terletak di Petaling Jaya.
Sekadar info, Tun Daim pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali, pada tahun 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum dilantik sekali lagi pada penggal kedua dari 1999 hingga 2001, juga di bawah Dr Mahathir.
Antara jasa terbesar Tun Daim ialah beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur serta berjaya menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)