
Seorang lelaki dipercayai bekas pemain import bola sepak Kelantan dilaporkan menjadi suspek utama dalam kes tembakan yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand.
Artikel Berkaitan: Pelajar Sekolah Terjatuh Dari Tingkat Satu Selepas Putus Cinta
Artikel Berkaitan: Tiga Beranak Mati Dibunuh Keluarga Kandung
Suspek ada dua kerakyatan

Memetik laporan Free Malaysia Today, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan, suspek yang kini diburu pihak berkuasa Thailand disahkan pernah menjadi anggota bagi pasukan Kelantan FA suatu ketika dahulu.
Menurutnya, pihak polis turut mengesyaki bahawa suspek memiliki dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand.
Suspek memiliki dua kerakyatan tetapi siasatan selanjutnya masih diteruskan.
Setakat ini, pihak kami masih belum menerima sebarang gambar suspek daripada pihak berkuasa Thailand.
Menerusi hasil siasatan, mangsa iaitu Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, dilaporkan mati ditembak dalam sebuah rumah di pekan Sungai Golok pada Sabtu lalu.
Pihak polis telah memperketatkan kawalan dan membuat sekatan jalan raya untuk mengesan suspek yang mungkin melarikan diri ke Malaysia.
Kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis Thailand untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.
Menurut Yusoff, mangsa dibenarkan memasuki Thailand pada 1 November menggunakan pas sempadan.
Siasatan awal mendapati mangsa memiliki empat rekod kesalahan melibatkan dadah sejak 2020.
Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra, Pasir Mas pada petang Ahad.
Sumber: Free Malaysia Today








