Individu yang mendakwa sebagai bekas rakan niaga kepada pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai kisah rumah tangga aktres berusia 39 tahun itu.

Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Ungkap Kisah Sedih Dengan Tiga Perkataan – ‘Cinta & Kehidupan’

Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Dedah Mata Lebam Sebab Dipukul Suami, Sudah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Selama 20 Tahun

‘Dulu saya naif sebab percaya dia’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Hanisah (@neysahz)

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), wanita yang dikenali sebagai Neysahz itu mendakwa dirinya orang yang terawal membantu Zahnita dari segi kewangan untuk keluar dari rumah tangganya yang didakwa telah dianiaya.

Dakwanya, lama-kelamaan sisi Zahnita dapat dilihat apabila dia sering kali memutar belit cerita.

Saya tak berminat nak masuk campur masalah rumah tangga orang.

Tapi untuk kes ini saya terpaksa bersuara.

Ya, dulu saya naif sebab percaya cerita dia.

Lepas kerjasama dengan Zahnita selama dari bulan Ogos 2024 hingga Februari 2025, banyak perihal diri dia yang selalu twist sampai saya dan rakan-rakan pun pening.

Tambah Neysahz, dia tidak menyesal dengan tindakannya dan bersedia untuk menerima surat saman daripada Zahnita.

Sedarlah sebelum terlambat

Berkongsi lebih lanjut, individu terbabit mendakwa pernah memujuk Zahnita untuk mendapatkan rawatan untuk keadaan mentalnya.

Selain itu, dia juga meluahkan rasa simpati terhadap nasib anak-anak, suami dan ibu mertua pengasas perniagaan pai atas segala yang terjadi.

Tak pernah sekali dia mempertahankan anak sulungnya ketika ditohmah satu dunia kerana mempertahankan ayahnya.

Suami Zahnita dah kerugian berpuluh ribu, anak-anak menanggung malu, dan penat mental.

Perniagaan dia pun dah jatuh disebabkan egonya sendiri.

Pada akhir perkongsian, individu tersebut berharap agar Zahnita menyedari kesilapannya sebelum dia kehilangan anak-anak disebabkan ego sendiri.

Sumber: Instagram @neysahz