Pelakon dan pelawak terkenal dari United Kingdom iaitu Russel Brand dituduh melakukan empat tuduhan jenayah termasuk rogol, serangan seksual dan penderaan emosi terhadap empat wanita.
Pelawak dituduh rogol empat wanita
Memetik laporan Daily Mail, keempat-empat mangsa mendakwa Russel Brand atau nama sebenarnya Russell Edward Brand melakukan perbuatan terkutuk itu di antara 2006 dan 2013.
Menerusi laporan yang dibuat, salah seorang pengadu mendakwa dia dan Russel mempunyai hubungan selama tiga bulan dan ketika itu dia baru berusia 16 tahun. Wanita ini mendakwa Russel pernah merogolnya dengan memasukkan zakar ke dalam mulutnya sehingga tercekik.
Tidak terhenti di situ, seorang usahawan wanita mendakwa turut menjadi mangsa rogol Russel selepas dia menolak melakukan ‘threesome’.
Bekas suami Katy Perry itu menyelar tuduhan tersebut namun dia mengaku pernah menjalani kehidupan dengan pergaulan bebas namun hubungan yang terbina dan semua yang dilakukan mereka adalah atas dasar suka sama suka.
Sementara itu, Russel percaya ada pihak yang cuba menjatuhkan reputasinya. Oleh itu, dia berharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan dakwaan tersebut.
Sumber: Daily Mail, CNA Lifetsyle, Al-Jazeera