berita

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Gesa Kerajaan Tutup Sekolah Sebulan

March 16th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Demi mengurangkan wabak Covid-19, bekas timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye menggesa kerajaan supaya mengambil langkah untuk menutup premis institusi pendidikan selama sebulan.

Menerusi laporan MalaysiaKini, beliau menyarankan langkah berkenaan bagi tujuan kawalan sebelum ianya menjadi lebih teruk di negara ini.

Jumlah kes meningkat

Menurut Dr Lee, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada mengurangkan keseriusan kesan Covid-19 berbanding usaha mengesan kontak rapat pesakit yang disahkan. Tambahnya, jumlah kes yang dilaporkan dan kontak rapat sekarang ini terlalu banyak untuk membolehkan pengesanan dan pengasingan.

Jumlah kes dan kontak rapat sangat tinggi dan tidak mungkin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengesan dan mengasingkan semua. Oleh itu, tidak mungkin lagi untuk buat pembendungan. Kita harus menumpukan perhatian kepada mitigasi iaitu mengurangkan bilangan kes dan mengoptimumkan sumber penjagaan kesihatan.

Di samping itu, beliau turut memberitahu bahawa Malaysia mencatatkan peningkatan yang sangat drastik iaitu 190 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 428 kes setakat ini. Menurutnya lagi, kes program tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu  merupakan kes baru yang dicatatkan.

Institusi pendidikan ditutup

Pada masa yang sama, Dr Lee memaklumkan bahawa pihak hospital perlu memberi fokus kepada kerja-kerja merawat kes-kes yang teruk dan kes-kes ringan secara berasingan dan pesakit tanpa simptom perlu diletakkan di kawasan khusus dengan penjagaan yang kurang intensif. Institusi pendidikan juga disarankan untuk ditutup selama sebulan olehnya.

Pesakit di bawah siasatan (PUI) perlu dimasukkan dalam kemudahan pengasingan khas seperti hotel atau asrama khas sehingga Covid-19 dibendung. Sekolah, kolej, universiti, tadika perlu ditutup selama sebulan. Hentikan perhimpunan selama sebulan, termasuk semua aktiviti kegiatan keagamaan, sosial, sukan.

Mengenai penghasilan vaksin wabak Covid-19, beliau berkata sekurang-kurangnya setahun lagi masa yang diperlukan. Satu mesyuarat khas bakal diadakan hari ini bertujuan untuk membincangkan langkah-langkah selanjutnya yang diperlukan untuk membendung jangkitan itu.

Sumber: MalaysiaKini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×