berita

Belai Ular Sawa Dekat Dengan Kucing, Persatuan Haiwan Malaysia Kecam Aaron Aziz

May 10th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz menerima kecaman hebat daripada Persatuan Haiwan Malaysia selepas beberapa tangkap layarnya ketika membuat live di TikTok tersebar di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Salam Uqasha, Kalau Free Call Abang Ye’ – Aaron Aziz Nafi Tunjuk Pandai, Cuma Mahu Amankan Keadaan

Letak ular berdekatan dengan kucing

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), memaparkan tangkap layar sesi ‘live’ yang dibuat oleh Aaron. Pelakon KL Gangster itu dilihat membelai seekor ular sawa batik berdekatan dengan beberapa ekor kucing yang berada di dalam sangkar.

Tindakan itu telah menyebabkan Aaron dikecam warganet serta pihak Animal Malaysia yang mendakwa perbuatan Aaron itu boleh menyebabkan kucing menjadi trauma.

Aksi meletakkan ular sawa berdekatan kucing walau dalam keadaan bersangkar boleh menyebabkan kucing ketakutan melampau memandangkan ular dan kucing adalah dua entiti pemangsa dan mangsa.

Akibatnya kucing akan mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam apabila melihat dan bau musuh berdekatan.

Bukan itu sahaja, pihak Animal Malaysia juga mendakwa bahawa Aaron tidak cakna dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang melindungi haiwan domestik seperti kucing daripada sebarang ancaman bahaya.

Di akhir hantaran itu juga, Animal Malaysia menasihatkan agar Aaron Aziz lebih sensitif dan lebih peka mengenai perihal yang melibatkan haiwan.

Hantaran dimuat naik Animal Malaysia

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×