Berita penceraian yang membabitkan pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina mengejutkan ramai pihak. Difahamkan, Noh dan Mizz Nina bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 3 Ogos.
Artikel Berkaitan: ‘Syukur Habiskan 11 Tahun Yang Indah Bersama’ – Noh Salleh
Artikel berkaitan: Rumah Tangga Bersama Mizz Nina Didakwa Sedang Bergolak, Ini Respon Noh Salleh
Muat naik semula kata-kata peringatan
Biarpun rumah tangga berantakan, Mizz Nina kelihatan tenang menghadapi dugaan yang berlaku pada dirinya dan Musa.
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan itu sempat mengemaskini akaun Instagram (IG) miliknya. Menerusi hantaran itu, Nina, 42, memuat naik kata-kata pendakwah terkemuka, Mufti Ismail Menk yang berbentuk peringatan.
Belajarlah mendoakan orang lain. Ingatlah, ganjaran mendoakan orang lain adalah sesuatu yang luar biasa.
Jika mendoakan orang lain, perkara baik akan datang kepada kita. Allah akan membantu mereka yang sibuk membantu orang lain.
Jadi, janganlah kedekut, mulalah melakukannya.
Lebih 12,000 komen bagi semangat
Ruangan komen entri tersebut dihujani dengan doa dan kata-kata semangat daripada rakan artis serta para peminat.
Antara yang meninggalkan komen adalah Fazura, Dayah Bakar, Hunny Madu, Mira Filzah, Fedtri Yahya, Shila Amzah, Ummi Nazeera, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Puan Sri Tiara Jacquelina.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dan Noh, 37, telah memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.
Terdahulu, pada 13 Julai lalu, Noh menyangkal dakwaan perkahwinannya bersama Mizz Nina berdepan masalah.
Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.
Sumber: Instagram @officialmizznina