berita

Belanja ‘Outfit’ Seksi Tepi Pantai, Netizen Tegur Puteri Aishah Jaga Pemakaian Bila Masuk Kampung

February 15th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto pelakon Puteri Aishah menjadi perbualan hangat netizen apabila pelakon jelita itu memuat naik gambarnya yang dikatakan mencolok mata ketika bercuti.

Bercuti dengan suami tercinta

Menerusi perkongsiannya  di Instagram, memaparkan pelakon berusia 27 tahun memakai baju mandi paras peha serta mengikat kain selendang nipis pada pinggangnya untuk dijadikan sebagai skirt.

Di ruangan kapsyen, Puteri Aishah menyatakan bahawa dia memerlukan percutian yang tenang seperti itu.

Amat memerlukan.

Difahamkan, pelakon Rahimah Tanpa Rahim itu sedang bercuti bersama suami tercinta di sebuah pulau yang dipercayai di Pulau Tioman.

Sehingga artikel ini ditulis, foto berkenaan sudah meraih lebih 12 ribu tanda suka dan dilihat Puteri Aishah tidak memberi sebarang respon terhadap semua komen negatif.

‘Pergi kampung tolong sopan berpakaian’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargenet terkejut melihat foto berkenaan yang didakwa pelakon itu tidak memakai seluar. Malah ada juga di antara mereka yang menasihatkan agar Puteri Aishah berpakaian sopan selepas ini.

Sumber : puteriaishahofficial

SKIP THIS AD ×