berita

Belanjawan 2023: e-Pemula, Insentif Penggajian & Internet Antara ‘Highlight’ Menarik Buat Golongan Belia

October 7th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Umum mengetahui Bajet 2023 memperuntukkan sebanyak RM372.3 billion dan memfokuskan kepada 3R iaitu responsif, responsible, reformist. Berikutan pengumuman Bajet 2023, OhBulan! ingin berkongsi beberapa ‘highlight’ menarik buat para belia di negara ini.

e-Pemula

Bagi menggalakkan golongan belia untuk menggunakan pembayaran tanpa tunai atau e-dompet, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM400 juta untuk 2 juta penerima. Bagi belia yang berusia 18 hingga 20 tahun termasuk pelajar sepenuh masa yang berusia lebih 21 tahun, mereka akan mendapat e-Pemula RM200 berdasarkan belanjawan 2023.

Insentif penggajian

Bagi belia berusia 18 hingga 30 tahun yang menganggur melebihi tiga bulan, mereka akan mendapat insentif penggajian melalui majikan di bawah skim PERKESO. Insentif ini untuk menggalakkan majikan mengambil golongan OKU, orang asli, bekas banduan dan wanita yang kembali bekerja. Insentif penggajian RM600 hingga RM750 sebulan untuk tempoh tiga bulan bakal diberikan kepada majikan yang mengambil kesemua golongan yang dinyatakan.

Internet RM30 untuk tiga bulan

Selain e-Pemula, Pakej Remaja Keluarga Malaysia memperuntukkan internet RM30 untuk tiga bulan bagi membantu pelajar dan belia mendapat akses internet tidak kira di mana mereka berada. Kemudahan ini dapat membantu sesi pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah tanpa mengalami kekangan data.

SKIP THIS AD ×