berita

Belasah Warga Emas Sampai Cedera, Mat Moto Samseng Mengaku Tak Bersalah

May 26th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan tindakan berani penunggang motosikal membelasah seorang lelaki dipercayai warga emas.

Artikel berkaitan : Kena Belasah Mat Moto Samseng, Lelaki Warga Emas Lapor Polis

Terbaharu, penunggang motosikal terbabit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mencederakan warga emas berkenaan.

Mengaku tidak bersalah

Tertuduh dikenali sebagai Muhammad Zulkifli Che Su membuat pengakuan bahawa dia tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di mana dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada Zainol Din Hussain pada 22 Mei lalu.

Ketika prosiding dijalankan, Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur telah mencadangkan tertuduh yang bersalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu diberikan ikat jamin sebanyak RM6,000 serta seorang penjamin.

Walau bagaimanapun, peguam tertuduh meminta agar anak guamnya itu diikat jamin dengan kadar rendah kerana dia bekerja sebagai mekanik dan perlu menanggung ibu bapanya yang berada di kampung.

Mahkamah tetap jaminan RM2,000

Sumber : Utusan Malaysia

Susulan daripada itu, mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan syarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa atau saksi berkaitan dengan kes terbabit.

Difahamkan, pihak mahkmah telah menetapkan 13 Julai 2022 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber ; Harian Metro

SKIP THIS AD ×