berita

Beli Anak Patung Cukup Sifat Untuk Anak, Wanita Ini Kongsi Ada ‘Benda’ Menumpang

August 14th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Anak patung merupakan permainan yang sangat digemari oleh kanak-kanak terutama anak perempuan. Betul tak? Pasti korang pun ada anak patung yang paling korang sayangi dan masih ada dalam simpanan. Maklumlah, anak patung mampu membentuk karakter lembut dan keibuan dalam jiwa kanak-kanak perempuan.

Menerusi Facebook Puan Muda Nina, dia berkongsi kisah tersalah langkah ketika membelikan sebuah patung mirip budak perempuan untuk anaknya. Menurutnya, patung yang dibeli itu mempunyai sifat yang cukup lengkap dan seolah ada benda yang tidak elok menumpang. Seramnya!

Dari Sarawak ikut balik Kelantan

Fikir balik macam tak percaya apa yang berlaku. Minta jauh dah la benda-benda macam ni. Lama dah Hanna berkawan dengan benda dalam patung ni. From sarawak ikot balik kelantan. Allahu. Pesan saya, tak payah la beli patung yang cukup sifat mcm ni. Sebab senang benda tak elok nak tumpang. Sebelum ni duduk baca story orang lain. Ni kena kat batang hidung sendiri. Sampai tahap Mama kena ganggu. Jauh betol benda ni merantau ikot mama Hanna.

Benda tu nak bagitahu dia tu ada. Tendang katil mama Hanna, tak dapat tidur macam ada yang memerhati, uban putih melekat dekat mama, main bukak tutup pintu tandas, buka air tapi pergi check air tak keluar pun. Hanna tnjuk-tunjuk masa dalam tandas dan bunyi zrapp kat tepi telinga. Tapi tetap positif lagi. Arini panggil ustaz sebab tak tahan sangat. Yaa benda menumpang dari sarawak yang tidak bertuan, ingin cari tuan. Alhamdulillah kali ni Allah kuatkan semangat mama Hanna nak lawan benda macam ni. Tapi sekarang trauma lagi. Tak dapat nak tido seorang. Nak cerita panjang sangat. So pesan saya tak payah ada patung macam ni. Kesian anak-anak. Dengar cerita macam mengarut kan. Tapi itulah hakikat kena dekat diri sendiri.

Simpan anak patung dalam rumah

Menerusi video Ustaz Azhar Idrus yang berdurasi 1:14 saat, dia memberitahu bahawa gambar kartun perempuan dan haiwan boleh diletakkan di dalam rumah sekiranya gambar tersebut merupakan bahan mainan untuk kanak-kanak. Namun, jika ianya dijadikan untuk perhiasan sememangnya tidak boleh. Tambahnya, keadaan tersebut sama juga untuk situasi dalam kenderaan.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen meninggalkan komen berunsur nasihat supaya ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika bermain dengan anak patung. Bagi mereka, makhluk sebegitu sangat suka akan anak patung, lebih-lebih lagi mempunyai sifat dan wajah seakan manusia.

Sumber: Puan Muda Nina

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.