berita

Beli Barang Kemas Raya Ni Bersama Aplikasi Jeweland, Boleh Menang Hadiah & Tebus Baucar!

May 7th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Ladies sekalian, korang pakai barang kemas tak? Perempuan memang suka barang kemas ni, lagi-lagi kalau orang tersayang hadiahkan. Orang dulu-dulu jadikan barang kemas sebagai perhiasan sebab nak nampak awet muda tau.

Tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Sekejapnya masa berlalu kan? Walaupun raya kali ni berbeza, korang boleh gembirakan hati dengan berhias di Hari Raya bersama barang kemas yang cantik belaka. Cuba tengok koleksi ni, confirm korang berkenan!

Istimewa di Hari Raya, Poh Kong kembali dengan Koleksi Anggun yang lebih memikat!

Apa kata korang jadikan barang kemas Poh Kong sebagai perhiasan korang di Hari Raya? Sekarang mereka dah keluarkan Koleksi Anggun terbaru dengan rekaan lebih menarik sempena raya ni tau. Memang cantik gila ah!

Tahu tak? Koleksi Anggun oleh Poh Kong dihasilkan daripada emas kuning 916/22K. Design pun banyak untuk korang pilih. Kehalusan seni pertukangan dan corak rekaannya lebih indah, harmoni dan sempurna. Perfect untuk raya!

Bila kami tengok design Koleksi Anggun oleh Poh Kong ni, memang berkenan habis. Nanti nak mintak orang tersayang hadiahkan untuk raya la. Kalau hadiahkan mak korang untuk raya ni pun mesti diorang suka.

Sebab tu la kami nak kongsikan pada korang Koleksi Anggun oleh Poh Kong yang terbaru sempena raya ni. Jom kita usha design yang ada!

Uihh, tak boleh tahan tengok. Loket terkini dalam Koleksi Anggun ni cantik kan? Bentuk bunga raya yang berkembang mekar dengan indah tu akan buat korang lebih menyerlah raya ni. Nampak anggun gitu!

Mak-mak mesti suka rekaan Koleksi Anggun macam ni. Corak sinar matahari tu buatkan korang tampil lain dari yang lain. Rekaan yang ada bunga tu pun menarik. Ish, mana-mana pun cantik la. Puas hati la kalau pakai design ni untuk raya.

Tengah dilamun cinta ke tu? Ataupun raya tahun ni adalah kali pertama korang raya bersama pasangan? Korang mesti terpikat dengan Koleksi Anggun yang berbentuk hati ni. Paling best, semua rantai leher dan rantai tangan ada kancing istimewa berbentuk hati. Memang menawan!

Bukan mak-mak je, si comel pun mesti nak melaram macam mak dia jugak. Koleksi Anggun ada Koleksi Manja yang direka khas untuk kanak-kanak tau. Design yang cute ni sesuai untuk si comel pakai pada Hari Raya. Kalau mak dah cantik, anak mesti la kena cantik!

Koleksi Anggun untuk raya kali ni lebih berbeza daripada sebelumnya. Korang boleh ukir nama atau kata-kata istimewa pada rantai leher atau tangan dengan laser tau. Pelbagai gaya dan saiz huruf disediakan. Nampak eksklusif beb!

Tengok semua design ni, memang jatuh hati la. Paling best kalau korang jadi ahli Jeweland, banyak faedah yang korang boleh dapat!

Muat turun aplikasi Poh Kong Jeweland & tebus baucar tunai sehingga RM500!

Kalau Poh Kong tawarkan baucar tunai sehingga RM500, korang nak tak? Gila la kalau tak nak. So, korang kena la jadi ahli Jeweland dan kumpul mata berharga mulai sekarang!

Cara nak jadi ahli Jeweland ni sangat mudah. Korang hanya perlu muat turun aplikasi Poh Kong Jeweland dan mula kumpul mata. Korang berpeluang untuk menebus baucar tunai bernilai sehingga RM500 dengan mata lebih rendah tau. Syok gila!

Download aplikasi Poh Kong Jeweland di sini: https://bit.ly/36jrv0m

Jom join peraduan Spin & Win, ada peluang menang hadiah utama RM100,000!

Istimewanya jadi ahli Jeweland ni, korang layak untuk join peraduan Spin & Win Jeweland (dua roda) secara eksklusif. Sempena raya, Poh Kong tawarkan 4,500 hadiah untuk korang rebut dan hadiah utama bernilai Rm100,000 bakal menjadi milik korang. Fuh!

Korang boleh dapatkan semua rekaan Koleksi Anggun terbaru ni secara eksklusif di Poh Kong, Diamond and Gold by Poh Kong, Poh Kong Gallery dan Gold Boutique. Jangan lupa singgah! (Klik sini untuk lihat cawangan)

Tak sabarnya nak melaram dengan Koleksi Anggun terkini oleh Poh Kong untuk raya tahun ni. Confirm ramai puji. Selamat hari raya guys!

Untuk info lebih lanjut, boleh klik mana-mana link di bawah okay?

SKIP THIS AD ×