berita

Beli HUAWEI nova 9 & Dapat HUAWEI Band 6 Serta Pelbagai Hadiah Eksklusif Di Roadshow Terpilih!

November 20th, 2021 | by Syamirul
Kini Trending

Akhirnya! HUAWEI nova 9 bakal berada di pasaran Malaysia secara rasmi dengan ciri fotografi yang sangat premium dan prestasi yang berkuasa untuk kegunaan seharian korang.

Lepas ni korang bolehlah merasai pengalaman yang luar biasa pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan HUAWEI nova 9. Menarik kan?

Korang boleh rasai pengalaman yang menarik ni bermula 20 November di roadshow terpilih tau. Bukan itu sahaja, korang pun boleh memenangi pelbagai hadiah eksklusif macam HUAWEI Band 6 dan banyak lagi. Jangan lepas kan peluang ni, ok!

Korang mesti tertanya-tanya kat mana roadshow HUAWEI dan apa yang menarik dengan HUAWEI nova 9 ni kan? Jom kita tengok apa yang HUAWEI tawarkan kepada pengguna mereka.

Dekat mana lokasi roadshow HUAWEI dan apa tawaran yang menarik?

Tujuan roadshow HUAWEI ni diadakan ialah membolehkan korang tengok dari dekat produk keluaran HUAWEI. Selain itu, korang pun boleh lah tanya apa-apa soalan berkaitan dengan produk HUAWEI ni.

Jangan risau, korang pun boleh survey dulu HUAWEI nova 9 atau MateBook 14s sebelum membuat sebarang keputusan. Mudah kan!

Roadshow Huawei akan berlangsung di tiga lokasi yang terpilih. Mesti korang tak sabar kan!

Mulai 15 November 2021 hingga 28 November 2021, roadshow Huawei akan berlangsung di pusat beli-belah Pavilion KL, manakala bermula 17 November 2021 hingga 21 November 2021, akan diadakan di IOI City Mall, Putrajaya. Untuk korang yang ada di utara Pulau Pinang, bolehlah datang ke roadshow Huawei di Queensbay Mall, Pulau Pinang dari 20 November 2021 hingga  28 November 2021 ni!

Korang tau tak yang korang boleh memenangi pelbagai hadiah eksklusif dengan setiap pembelian HUAWEI yang terpilih? WOW!

Untuk 30 pelanggan pertama yang mengunjungi roadshow di pusat beli-belah Pavilion dan membeli HUAWEI nova 9, korang bakal memenangi wireless headset  FreeBuds Pro secara percuma bersama kotak hadiah HUAWEI tau.

Bagi 5 pelanggan pertama yang membeli komputer riba ultraportable MateBook 14s pula, korang berpeluang memenangi hadiah percuma bernilai RM1,174.

Tidak ketinggalan juga untuk korang yang mengunjungi roadshow kat IOI City Mall dan pusat beli-belah Queensbay dan merupakan antara 99 pelanggan pertama yang membeli HUAWEI nova 9, korang bakal membawa pulang smartband Band 6 PERCUMA.

Bukan setakat tu je tau, untuk korang yang membeli lebih dari RM2,001 dan ke atas kat roadshow HUAWEI, berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan dua kali penyertaan manakala mereka yang membeli dari RM2,000 dan ke bawah mendapat satu peluang sahaja. Cubalah, mana tahu rezeki korang!

Kenapa korang kena jadikan HUAWEI nova 9 ni pilihan pertama korang? Haa..ini sebabnya..

Dengan HUAWEI nova 9, korang bakal merasai pelbagai ciri-ciri yang luar biasa dan mampu meningkatkan pengalaman hiburan korang tau.

Lagi pun telefon pintar HUAWEI ini memang dah dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini, sebab tu lah korang kena jadikannya sebagai telefon pintar pilihan pertama korang!

1. Prestasi kamera flagship yang cemerlang

HUAWEI nova 9 menawarkan sistem kamera Ultra Vision RYBB 50MP, Ultra Lebar sudut kamera 8MP, Kamera Depth 2MP dan kamera makro 2MP yang berdefinisi tinggi. Ia menggunakan teknologi XD Fusion Engine yang boleh didapati di peranti flagship HUAWEI yang menggunakan teknik fotografi yang canggih untuk meningkatkan perincian dan kualiti imej dengan sangat baik.

Kalau korang gunakan kamera HUAWEI nova 9 ni, mesti gambar korang akan lebih tajam dan seperti hidup sepanjang masa. Hebat kan!

Korang mesti tertanya-tanyakan, apa elemen yang penting untuk menghasilkan gambar  fotografi yang baik? Ha, rahsianya ialah penderia kamera yang mampu menangkap pendedahan cahaya untuk memastikan foto kelihatan tajam dan tulen!

Selain itu, HUAWEI nova 9 juga dilengkapi dengan kamera gred flagship, ia menggunakan sensor RYYB  yang membantu korang menangkap imej kehidupan sebenar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tidak kira keadaan cahaya yang gelap.

HUAWEI nova 9 menggunakan teknologi Ultra Vision HDR untuk penggambaran foto profesional dalam semua jenis persekitaran, meningkatkan kreativiti korang sambil membantu korang menangkap imej dengan mudah.

Ciri fotografi tersendiri yang lain termasuk susunan penapis warna RYYB yang dilengkapi dengan kepekaan cahaya yang tinggi, yang membolehkan telefon mengumpul sehingga 40% lebih cahaya, memberikan imej kejelasan yang lebih baik.

Bukan itu sahaja, HUAWEI nova 9 juga menawarkan kamera selfie 32MP dan video selfie beresolusi 4K yang dapat memberikan kualiti video yang amat bagus. Sesuai lah untuk korang yang kaki vlog tu.

2. Paparan 120Hz super smooth

Yang best dengan HUAWEI nova 9 ni, ianya dilengkapi dengan paparan skrin melengkung OLED 6.57 inci untuk memberikan korang pengalaman hiburan yang lebih menarik dengan pemandangan sinematik. Baru syok!

Manjakan diri korang dengan pergerakan dan grafik yang lancar semasa menggunakanya kerana HUAWEI nova 9 menawarkan kualiti paparan kadar penyegaran sehingga 120Hz untuk memenuhi penggunaan harian korang.

HUAWEI nova 9 juga membolehkan pengoptimuman skrin yang menukar paparan antara 60Hz dan 120Hz kadar penyegaran bergantung pada penggunaan, mengimbangi kedua-dua visual semasa menonton video dan memanjangkan hayat bateri.

3. Reka bentuk yang lebih estetik

Reka bentuk HUAWEI nova 9 yang lebih estetik ni menggunakan reka bentuk kaca melengkung dengan butang berfungsi di sisi, untuk kegunaan harian korang.

HUAWEI nova 9 ni juga sangat ringan dan nipis dengan berat hanya 175g dan kenipisan 7.77mm, memberikan keselesaan apabila korang simpan di poket atau memegangnya.

Didatangkan juga dengan warna yang menarik, Starry Blue sangat sesuai buat sesiapa sahaja yang menggunakannya.

Reka bentuk HUAWEI nova 9 ni dibuat dengan proses dwi-filem dan dwi-salutan bersama salutan anti-silau termaju, ia juga masih mengekalkan kemasan matte mewah dengan tekstur halus untuk sentuhan yang lebih berkualiti.

4. 66W HUAWEI SuperCharge

Mesti korang stress bila bateri telefon korang cepat habis kan? Terus takde mood nak main telefon lepas tu!

Dengan Huawei nova 9 ni, korang dah tak perlu nak risau lagi kalau telefon korang habis bateri sebab, HUAWEI nova 9 menawarkan pengecasan pantas dengan 66W HUAWEI SuperCharge!

Korang mesti tak percaya yang, HUAWEI nova 9 ni akan memastikan pengecasan penuh dalam masa 38 minit sahaja! Macam tak percaya kan. Lepas ni korang bolehlah caj dimana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Seronoknya!

5. Prestasi permainan yang lebih teguh

 

Untuk korang yang kaki game tu bolehlah menikmati permainan yang menyeronokkan dan mencabar dengan HUAWEI nova 9 ni.

Nak tau tak, korang bakal merasai pengalaman permainan Touch Turbo yang dibina dalam HUAWEI nova 9 serta boleh menikmati kadar pensampelan sentuhan sehingga 300Hz semasa korang bermain dan membantu korang mencapai prestasi terbaik dalam skor permainan korang. Mantap!

Mesti korang risau telefon korang tiba-tiba panas kan? Ha jangan risau, HUAWEI nova 9 direka dengan teknologi penyejukan Cecair Graphene & VC, bagi memastikan pengalaman permainan yang lebih lancar tanpa memanaskan peranti.

Ia menggunakan pelesapan haba Graphene untuk mengesan kehangatan dan segera menyejukkan telefon pintar secara automatik apabila haba dikesan.

6. Ketersambungan pintar dengan perkhidmatan mudah alih HUAWEI Mobile Services (HMS)

HUAWEI berazam untuk menyediakan semua kemudahan kesalinghubungan dalam ekosistemnya untuk memudahkan pengguna mereka.

Sesuai dengan namanya sebagai peneraju teknologi global, HUAWEI mempersembahkan manfaat Perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI Mobile Services (HMS) untuk semua pengguna HUAWEI menikmati dan menjalani kehidupan yang lebih bijak.

Bukan itu sahaja,HUAWEI AppGallery menawarkan pelbagai aplikasi yang kita selalu guna, dari kategori komunikasi, permainan, e-wallet, membeli-belah dan banyak lagi!

Selain itu, HUAWEI juga membolehkan korang melihat semua akaun e-mel korang dengan mudah, sama ada Outlook, Gmail atau Yahoo dalam aplikasi E-mel yang telah diprapasang. Yang penting korang kena muat turun aplikasi myMail di HUAWEI AppGallery untuk lebih banyak fungsi tau.

Macam mana pulak untuk korang yang sukakan privasi? Jangan risau, HUAWEI AppGallery kini boleh diakses menggunakan hanya satu ID HUAWEI sahaja. Untuk ibu bapa yang bekerja juga, boleh mengakses fungsi sekatan untuk mengehadkan penggunaan gajet anak-anak mereka untuk jangka masa yang panjang. Mudah dan selamat kan!

Korang juga boleh terokai Petal Search, enjin carian mudah alih dikuasakan oleh AI yang memudahkan korang mencari hampir apa sahaja dalam talian.

Apa yang lebih baik ialah hasil carian pada Petal Search adalah daripada HUAWEI AppGallery dan kedai pihak ketiga yang dipercayai  memberikan lebih banyak pilihan kepada penggunanya.

Tidak ketinggalan HUAWEI NEXT-IMAGE Awards 2021!

Anugerah HUAWEI NEXT-IMAGE 2021 bertujuan untuk membolehkan pengguna HUAWEI menerokai kemungkinan dengan peranti mereka.

Untuk korang yang minat dalam bidang fotografi ni, HUAWEI mengalu-alukan korang semua untuk merakam detik terbaik dalam hidup korang dengan menggunakan telefon pintar HUAWEI  dan menyertai Anugerah NEXT-IMAGE 2021 Komuniti HUAWEI Malaysia.

Peraduan ini terbahagi kepada 10 kategori yang menggalakkan pencipta kandungan peranti HUAWEI untuk menunjukkan kemahiran fotografi mereka dan berkongsi kreativiti mereka.

Korang tak perlu risau lah sebab anugerah ni terbuka untuk semua orang dan jangan lepaskan peluang ini untuk menonjolkan bakat terpendam korang tau. Cuba jangan tak cuba!

Untuk memperingati pelancaran HUAWEI nova 9, HUAWEI Malaysia telah menawarkan hadiah istimewa untuk Imej Terbaik Diambil pada Siri nova, hanya untuk pengguna telefon pintar siri HUAWEI nova sahaja.

Haa menarik kan, apa tunggu lagi, jangan lupa join tau sebab anugerah ni akan berakhir pada 30 November 2021. Masih belum terlambat untuk korang dapatkan telefon pintar HUAWEI nova 9 ni!

Jangan lupa hantar karya fotografi dan video korang melalui Komuniti HUAWEI untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik.

 

HUAWEI nova 9 kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM1,999 dan berpeluang memenangi hadiah percuma bernilai  sehingga RM130 tau. WOW!

Mesti korang excited kan? Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari di laman web HUAWEI  atau HUAWEI Experience Store dan untuk pembelian di atas talian korang boleh dapatkan di Lazada & Shopee.

SKIP THIS AD ×