berita

Beli Rumah & Nikmati Penjimatan Hebat Menerusi Kempen VACCI-NATION BONANZA LBS BINA GROUP

November 19th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Korang tengah cari rumah idaman ke tu? Hujung tahun ni memang ramai yang survey rumah wei. Korang cari rumah yang berkualiti dan mampu milik tau. Beli rumah dengan usaha sendiri, baru la puas hati beb!

Kenapa kami cakap pasal rumah kali ni? Sebenarnya kami ada berita gembira dari LBS Bina Group Berhad (LBS). Mereka ni pemaju perbandaran terkemuka di Malaysia. Kalau korang nak tahu, kali ni mereka ada kempen menarik!

Peluang miliki rumah idaman dengan Vacci-Nation Bonanza!

Bagi korang yang daftar atau sudah divaksinasi dan nakkan rumah idaman, korang patut rebut peluang ni dengan Vacci-Nation Bonanza. Kempen yang LBS buat ni bukan setakat miliki rumah, korang yang dah divaksinasi berpeluang untuk enjoy faedah tambahan yang ada tau!

Sebagai ‘Pemaju Perumahan Rakyat’, LBS kekal komited untuk menyokong agenda perumahan kerajaan. Sebab tu la mereka buat kempen Vacci-Nation Bonanza ni. Sebenarnya lebih jimat kalau korang beli hartanah di projek perumahan LBS yang terpilih dalam kempen ni.

Ini antara senarai hartanah di projek perumahan LBS yang terpilih:

1. Prestige Residence

2. LBS SkyLake Residence

3. KITA Mekar, Rumah Teres Dua Tingkat

4. Ritma Perdana, LBS Alam Perdana

Haa.. Sekarang kami nak bagi korang tengok faedah yang korang dapat kalau sertai kempen Vacci-Nation Bonanza pula. Kempen yang dibuat oleh LBS ni memang berbaloi untuk korang wei. Nak tahu kenapa?

Insentif tunai, faedah istimewa untuk para pembeli kediaman LBS

Beli rumah, dapat insentif tunai, siapa tak nak kan? Paling terkejut pasal Vacci-Nation Bonanza, para pembeli kediaman LBS yang join kempen ni berpeluang menikmati insentif tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM670,000 wei!

Faedah tambahan buat mereka yang mendaftar atau sudah divaksinasi pun ada!

Bukan tu je! Dalam usaha untuk menyokong mempertingkatkan kadar vaksinasi negara di samping membantu kerajaan untuk mencapai imuniti berkelompok, LBS nak bagi insentif tunai tambahan sehingga RM335,000 bagi pembeli rumah yang telah mendaftar untuk vaksinasi COVID-19 atau bagi mereka yang telahpun divaksinasi tau.

Memang seronok la kempen Vacci-Nation Bonanza ni. Korang yang dah vaksin tu, gunakan peluang ni sebaik-baiknya. Bukan senang nak dapat!

Eh, tak cukup lagi tu. Kami nak bagitahu yang pembeli rumah LBS still sempat untuk menangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih dari RM1,000,000 (lebih daripada sejuta). Jangan lepaskan peluang ni untuk sertai cabutan bertuah yang LBS buat ni!

Cabutan bertuah LBS Fabulous 20-21 dilanjutkan sampai akhir tahun ni!

Paling seronok! Sempena kempen Vacci-Nation Bonanza, LBS nak panjangkan lagi tempoh Cabutan Bertuah LBS Fabulous 20-21. Semua pembeli hartanah LBS yang ambil bahagian berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih daripada RM1,000,000, seperti Proton X70, Komputer riba dan Tablet. Wajib join ni!

Sebelum ni cabutan bertuah pertama LBS Fabulous 20-21 telah disiarkan secara langsung melalui Facebook LBS pada 11 September 2021. Seramai 4,386 pembeli rumah layak untuk cabutan bertuah pertama yang merangkumi sejumlah 497 hadiah. Korang yang menang mesti seronok sampai hari ni kan?

Korang antara pembeli hartanah LBS semasa kempen Vacci-Nation Bonanza tapi belum menang hadiah? Jangan risau. Nantikan pusingan cabutan bertuah seterusnya bersama LBS Fabulous 20-21 sebab korang secara automatik dah layak ke pusingan kedua!

*SPA sah di antara 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.

Lebih-lebih lagi, ganjaran untuk hadiah utama telah ditingkatkan dengan penambahan sebuah Proton X70 1.5L Executive. Hadiah-hadiah menarik termasuk Proton Persona, Proton Iriz, Motor SM Sport 110, basikal, mini iPad, komputer riba Dell, mesin basuh, peti sejuk, mini Hi-Fi dan lain-lain pun ada. Tak boleh miss la!

Senang cerita, banyak gila la tawaran hebat di bawah kempen Vacci-Nation Bonanza yang LBS nak bagi kat korang ni. Antaranya ialah:

  1. Cabutan bertuah LBS Fabulous 20-21
  2. Hadiah Menarik Kempen Pemilikan Rumah (HOC)
  3. Yuran Guaman Percuma
  4. Yuran Tempahan Rendah
  5. Ganjaran Kesetiaan
  6. Skim Bayaran Fleksibel
  7. Bayaran Keluar Sifar
  8. Pakej Perabot Rumah

Menarik kan? Jangan tunggu lagi. Jom tengok senarai kediaman hartanah LBS dan terus layari laman rasmi media sosial LBS untuk perkembangan terkini dan peluang memenangi hadiah menarik. Kami yakin korang akan dapat rumah idaman korang dengan LBS!

Haa.. Korang mesti nak info lebih lanjut tentang kempen-kempen yang dibuat oleh LBS kan? Klik sini je guys.

SKIP THIS AD ×