
Pernah beli barang online, tapi bila sampai… rasa macam “Eh, bukan ni aku nak”? Jangan risau, sebab TikTok Shop Mall dengar keluhan korang!
Sekarang, pengalaman membeli-belah online jadi lebih selamat dan yakin dengan Polisi Pemulangan Percuma 30 Hari khas untuk produk berjenama tulen di TikTok Shop Mall. Tak puas hati? Korang ada masa sebulan untuk pulangkan tau!
Beli dengan tenang sebab TikTok Shop tanggung kos pemulangan
Polisi baru ni bukan sekadar memberi jaminan kepada pembeli, tapi turut melindungi penjual daripada tingkah laku penipuan. Kalau produk yang dipulangkan tak dalam keadaan memuaskan, penjual berhak untuk tolak permintaan tersebut.
Menariknya, TikTok Shop sendiri akan menanggung kos penghantaran bagi permulangan atas sebab ‘Tidak Lagi Diperlukan’. Ini bagi mengelakkan pembeli rasa terbeban dan ia juga merupakan satu inisiatif yang adil untuk kedua-dua pihak.
Kalau polisi power macam ni, jenama lokal pun makin kukuh!
Dengan gabungan Polisi Pemulangan Percuma 30 Hari dan Jaminan Ketulenan 100%, TikTok Shop percaya inisiatif ini dapat bantu jenama serta PMKS tempatan membina kredibiliti, tingkatkan kadar penukaran jualan dan galakkan pembelian berulang.
Inilah peluang korang untuk support lebih banyak jenama Malaysia sambil rasa lebih yakin waktu membeli-belah. Bila korang sendiri boleh pulangkan tanpa risiko, ia membuatkan korang jadi lebih terbuka nak mencuba produk baru.
Pastikan korang beli dari seller yang ada label ‘Mall’ tau!

Untuk kenal pasti produk di bawah TikTok Shop Mall, korang cuma perlu cari lencana rasmi ‘Mall’ yang tertera di sebelah tajuk produk. Semua pesanan yang ada label ‘Mall’ ni secara automatik dilindungi di bawah Polisi Pemulangan Percuma 30 Hari.
Selepas terima pesanan, korang ada masa 30 hari untuk buat permintaan pemulangan melalui Halaman Pesanan dalam aplikasi TikTok. Prosesnya pun senang dan cepat, tak perlu pening-pening isi borang panjang!
Nak shopping dengan yakin? Ini antara brand terkenal yang korang boleh try!
Sejak polisi ni dilaksanakan awal Jun 2025, pembeli di Malaysia kini boleh enjoy pemulangan percuma 30 hari untuk ribuan produk berjenama terkenal. Antara yang dah menyertai TikTok Shop Mall termasuk:
CLEF Beauty, Dododots, Christy Ng, BONIA, ELGINI, Lancôme, Pensonic, PUMA, Johnson’s Baby, OGAWA dan banyak lagi.
Jenama yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang peluang dan manfaat di TikTok Shop Mall boleh layari Akademi TikTok Shop. Dengan polisi yang mesra pengguna dan penjual ni, TikTok Shop Mall terus buktikan mereka komited untuk bangunkan ekosistem e-dagang yang kukuh, inklusif dan dipercayai.
Beli dengan lebih yakin & berbaloi, inilah masanya!
Dengan polisi baru ni, pengalaman membeli belah korang akan jadi lebih tenang dan berbaloi. Jom explore TikTok Shop Mall hari ni, cari label ‘Mall‘ dan enjoy perlindungan 30 Hari Pemulangan Percuma.
Jom support jenama kegemaran korang!








