berita

Beli Telefon Dapat Garam

July 19th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Tular sebuah video di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita yang memesan dalam talian sebuah telefon bimbit dengan harga yang murah, kemudian menerima sebungkus garam.

Dah curiga tapi masih beli

Memetik laporan Suara.com, video yang dimuat naik akaun Instagram @statusfakta itu memaparkan wanita terbabit meminta penghantar barang untuk membuka bungkusan yang diterima untuk mengetahui isinya.

Wanita itu bertindak sedemikian selepas berasa curiga dengan kandungan bungkusan itu kerana harga telefon bimbit yang dibeli itu sangat murah.

Saya takut ia mengandungi sabun atau sebagainya. Kalau tipu saya akan pulangkan dan video ini saya hantar kepada penjual.

Dapat dilihat dalam video tersebut, penghantar barang itu membuka bungkusan tersebut dengan menggunakan pisau pemotong, kemudian dia terkejut setelah mengeluarkan sepeket garam dapur daripada bungkusan itu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa wanita berkenaan telah membuat keputusan yang kurang bijak kerana masih membeli walaupun harga telefon berkenaan tidak masuk akal, iaitu 350,000 rupiah (RM104).

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×