Kegiatan penipuan atau jenayah scam bukanlah satu perkara baru lagi dalam masyarakat kita. Perkara ini dilihat semakin berleluasa dan seringkali berlaku tanpa mengira masa mahupun tempat. Golongan tidak bertanggungjawab ini mula menggunakan pelbagai helah dan taktik untuk mengaburi mata mangsa demi mengaut keuntungan diri sendiri.
Terbaru, seorang pengguna Twitter, Kiff berkongsi pengalaman dimana seorang rakannya dikatakan telah menjadi mangsa scammer apabila iPhone yang dibelinya dengan harga RM 2500 rupa-rupanya adalah iPhone clone dan bukannya original.
Scammer berani buat COD
Bukan iPhone original
Menerusi perkongsian lelaki ini, rakannya baru sahaja membeli iPhone dari salah sebuah aplikasi menjual barangan terpakai. Seperti biasa, sebelum membeli rakannya ini survey kedai online yang lain untuk membandingkan harga serta kualiti iPhone di setiap kedai tersebut. Dia kemudian ternampak satu posting penjual ini menjual iPhone dengan harga yang rendah. Dia kemudian mula contact individu tersebut sebelum mereka membuat keputusan untuk berjumpa.
Iphone kena format
Pada hari kejadian, si penjual telah memberikan iPhone itu kepada pembeli untuk dilihat dan diperiksa sendiri keadaan iPhone tersebut sebelum ianya di format. Tidak lama selepas itu, penjual telah meminta izin pergi ke keretanya dengan alasan untuk mengambil kotak serta aksesori telefon. Setelah kesemuanya selesai, si pembeli seterusnya menyerahkan wang sebanyak RM 2500 kepada penjual.
Iphone original ditukar dengan clone
Setibanya di rumah, si pembeli sekali lagi membelek-belek kandungan setting pada iPhone tersebut. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila tiba di satu step tertulis ‘apps is not working’. Rupa-rupanya iPhone yang dibeli itu merupakan iPhone clone yang telah ditukar oleh penjual itu semasa dia ‘mengambil’ barang di dalam keretanya.
Oleh itu, orang ramai diminta agar berhati-hati dalam semua urusan kerana scammer ini mampu melakukan perkara yang lebih licik demi keuntungan diri sendiri.
Sumber: Kiff