berita

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Dah 9 Hari Tak Balik Rumah

March 1st, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sejak rumah tangga antara pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah mula goyah, pelakon lelaki itu didakwa isterinya tidak pulang ke rumah. Sebelum ini Bella Astillah mendakwa suaminya itu telah berlaku curang bersama Oktovia Manrose di sebuah kelab malam, tempoh hari.

Ekoran dari itu, Bella Astillah menerusi laporan Metro berkata dia tidak tahu di mana keberadaan suaminya kerana sudah sembilan hari tidak pulang ke rumah.

Mungkin dia malu atas perbuatannya

Bella juga tidak mengetahui ke mana dan di mana suaminya itu berada. Malah, pertemuan antara mereka sebelum ini juga bukan di rumah.

Aliff sudah sembilan hari tidak pulang ke rumah. Kali terakhir dia di rumah pada 17 Februari lalu ketika saya membuat sambutan hari jadi yang ke-28 untuknya. Dia masih belum pulang ke rumah. Mungkin dia malu atas perbuatannya itu. Apatah lagi, bukti video yang ada turut diketahui keluarga saya.

Pergaduhan yang tercetus membuatkan Aliff Aziz membuat keputusan untuk keluar dari rumah. Malang sekali, sambutan ulang tahun kelahiran yang sudah dirancang bertukar menjadi sambutan biasa disebabkan pertelingkahan antara mereka.

Gaduh disebabkan mesej dari Oktovia

Pada hari itu kami bergaduh disebabkan mesej WhatsApp daripada Via (Oktovia) yang dipadam dalam telefon Aliff. Kalau betul tidak ada apa-apa, kenapa kena buang?

Saya cakap, dalam rumah tangga tidak boleh hidup begini iaitu diselubungi penipuan. Saya tidak mahu hidup dalam keadaan tidak sihat.

Namun, sambutan hari jadi terpaksa diteruskan sebab segala persiapan sudah dibuat termasuklah jemputan dalam kalangan keluarga saya. Keesokan harinya dia terus keluar rumah hinggalah sekarang.

Dia tukar kata laluan telefon

Bella menyedari Aliff Aziz mula menunjukkan perubahan sikap sewaktu dalam perjalanan dari Bukit Merah, Perak selesai dari penggambaran drama. Dia menemani suaminya itu ke tempat penggambaran  dan mereka tiada masalah sejak hari pertama hingga hari kelima di lokasi.

Malah, saya juga bertegur sapa dengan Via. Saya jenis yang positif dan tidak mahu fikir bukan-bukan. Biarpun mak menasihati supaya jangan terlalu baik dengan orang.

Dalam perjalanan pulang, Aliff sudah menunjukkan perubahan. Dia tukar kata laluan telefon. Apabila ditanya, dia tidak mahu berkongsi. Walaupun sebenarnya ketika di sana saya sudah tahu apa yang terjadi antara mereka.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×