berita

Bella Astillah Dedah Kereta Dipakai Aliff Hadiah Pemberiannya, Ada GPS Tracker – ‘Dia Pergi Pavillion Suites Lebih Lapan Kali’

April 4th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan suaminya iaitu Aliff Aziz sudah menjejakkan kaki ke kediaman pelakon, Ruhainies yang terletak di Pavillion Suites lebih daripada lapan kali.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Mengaku Sudah Tiada Perasaan, Nak Bercerai Sebelum Ditangkap Khalwat – ‘Aliff Kata Allah Bagi Perasaan Itu’

Kereta ada ‘GPS tracker’

Ketika ditemui OhBulan!, Bella memaklumkan dia mempunyai bukti mengenai perkara tersebut daripada Sistem Pengesanan Global (GPS) yang terdapat di dalam kenderaan Aliff.

Aliff sebenarnya sudah ke Pavillion Suites lebih daripada lapan kali. Jadi, kalau kata mereka ditangkap khalwat tempoh hari adalah kerana perancangan saya, kenapa kenapa saya tak buat pada kali ketiga mereka bertemu?

Saya bukan sekadar bercakap tetapi saya ada bukti.

Menurut Bella, kereta yang dipakai merupakan hadiah pemberiannya kepada Aliff dan disebabkan itu, kereta berkenaan dilengkapi dengan sistem GPS.

Saya tak pernah ‘share’ di media sosial mengenai hal ini, kalau nak tahu kereta yang Aliff guna merupakan hadiah pemberian daripada saya dan kereta itu dilengkapi dengan sistem GPS.

Saya bukan pasang untuk nak jejak ke mana Aliff pergi tetapi kereta itu memang dah ada sistem tersebut.

Saya percaya, ramai orang di luar sana pun ada sistem GPS bagi mengesan sekiranya kereta hilang atau sebagainya.

Bella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di K-Town Korean BBQ, Komersial Radio, Bukit Jelutong, Shah Alam pada petang Rabu.

Dalam pada itu, Bella memaklumkan dia pernah menguji sahabat baiknya, Ruhainies dengan bertanyakan mengenai keberadaan Aliff.

Namun, pelakon berkenaan didakwa buat-buat terkejut dan memaklumkan dia juga tidak tahu keberadaan Aliff.

Bila saya sangsi dan dapat kesan dia ada di Pavillion Suites, saya telefon Ruhainies tapi dia buat-buat terkejut.

Dia cakap, dia tak tahu di mana Aliff tapi bila saya tengok GPS kereta ada di sana.

Ruhainies juga tipu saya dengan mengatakan dia tinggal di Four Seasons. Kalau betul dia sahabat saya, dia patut jujur.

Sekadar info, pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

SKIP THIS AD ×